• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Neo 5G hadir ke pasaran Malaysia, telefon gaming bawah RM1,000 lengkap dengan “Game Space”

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:01 pm
  • 14/07/2023
  • Komen
Nubia Neo 5G guna cip Unisoc untuk harga mampu milik dan prestasi kelas pertengahan
Share on FacebookShare on Twitter

ZTE, syarikat yang turut menghasilkan telefon gaming Nubia RedMagic telah mengumumkan kehadiran telefon pintar terbaru dalam kelas pertengahan iaitu Nubia Neo 5G untuk pasaran Malaysia. Ia digelar sebagai telefon gaming tapi pada harga yang sangat mampu milik.

Untuk mencapai tanda harga yang rendah, Nubia memperkasa telefon ini dengan sebuah cip terbaru dari Unisoc iaitu Unisoc T820. Nubia juga memuatkan beberapa ciri gaming yang diambil dari RedMagic serta dilengkapkan dengan reka bentuk futuristik.



Harga dan promosi tempahan awal

Nubia Neo 5G ditawarkan dalam dua pilihan warna dan tersedia dalam satu varian sahaja untuk pasaran Malaysia. Berikut adalah harga rasminya:

Nubia Neo 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM899



Sempena pelancaran, Nubia ada menawarkan promosi tempahan awal untuk Nubia Neo 5G mulai 16 Julai hingga 23 Julai 2023. Pembelian dalam tempoh tersebut akan disertakan sekali hadiah percuma berupa kipas penyejuk Red Magic bernilai RM269 tapi terhad untuk beberapa unit. Selain itu, Nubia juga memberikan diskaun RM30 kepada 50 penempah terawal, menjadikannya pada harga RM869 sahaja. Tempahan awal boleh dilakukan eksklusif hanya di gedung rasmi Nubia di Shopee.

Pertandingan e-sukan Valorant di IPT

Sementara itu, Nubia juga mendedahkan kerjasama mereka bersama CRIT Esports Malaysia dalam menganjurkan Ampro Clash Series (ACS) Edu Tour yang merupakan kejohanan e-sukan untuk permainan Valorant. Oleh itu, sebanyak empat acara esport akan diadakan di tiga buah universiti/kolej di Malaysia iaitu Sunway College, APU College dan Monash University. Perlawanan akhir akan berlangsung di Paradigm Mall yang bakal berlangsung pada 19 dan 20 Ogos 2023.

Acara ini diadakan untuk menyediakan platform kepada gamer tempatan untuk mempamerkan kemahiran mereka dalam pentas yang lebih besar. Kerjasama ini juga menunjukkan komitmen Nubia untuk menyokong pertumbuhan komuniti e-sukan di Malaysia dan memupuk pembangunan bakat gaming tempatan.

Spesifikasi Nubia Neo 5G

Nubia Neo 5G dikuasakan oleh cip Unisoc T820. Pemproses 6nm ini menggabungkan 1-teras Cortex A76 2.7GHz, 3-teras Cortex A76 2.3GHz dan 4-teras Cortex A55 2.1GHz. Prestasi yang ditawarkan cip Unisoc ini boleh dikatakan jauh lebih baik berbanding pesaing lain dalam kelasnya, jika bukan yang terbaik.

RAMnya jenis LPDDR4X berkapasiti 8GB dan boleh diluaskan secara maya sebanyak 10GB. Menjumlahkan sebanyak 18GB RAM boleh digunakan. Storan pula jenis UFS 2.2 seluas 256GB dan menerima kad mikroSD untuk menambah keluasan.

Ia menggunakan skrin jenis LCD IPS berukuran 6.6-inci dengan resolusi HD Penuh. Kadar penyegaran menyokong sehingga 120hz. Skrinnya pasti memberikan pengalaman gaming yang lancar dan ia merupakan antara telefon termurah yang dilengkapkan dengan skrin selaju 120Hz. Terdapat takuk kecil di dahi. Tenaganya disalur oleh bateri berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 22.5W melalui USB-C.

Kamera hadapan 8MP terletak di dalam takuk kecil. Di belakang pula ada kamera utama 50MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Menariknya, pada harga mampu milik, sistem kameranya mempunyai pelbagai mod malah ada juga kupayaan untuk menukar ISO dan kelajuan pengatup secara manual. Pengimbas capjari pula dipasang ke dalam butang kuasa.

Sebagai telefon yang ada gelaran gaming, Nubia memasang perisian “Game Space” seperti yang digunakan di RedMagic. Ia memberi fungsi tambahan untuk menjadikan pengalaman bermain game lebih baik seperti peningkatan prestasi, merakam skrin waktu bermain, serta ‘bypass charging’. Semua ciri gaming ini turut boleh diakses ketika dalam permainan.

Tags: mobileNubiaNubia Neo 5GZTE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nubia Neo 5G guna cip Unisoc untuk harga mampu milik dan prestasi kelas pertengahan

Nubia Neo 5G hadir ke pasaran Malaysia, telefon gaming bawah RM1,000 lengkap dengan “Game Space”

14 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER