• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama honor

Honor Magic V2 telefon lipat paling nipis, serta lagi ringan daripada iPhone 14 Pro Max

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:23 pm
  • 17/07/2023
  • Komen
Honor Magic V2 telefon lipat paling nipis, serta lagi ringan daripada iPhone 14 Pro Max
Share on FacebookShare on Twitter

Honor pada tahun lepas telah memasuki arena telefon lipat dengan memperkenalkan Honor Magic V dan kemudiannya mengemaskini siri tersebut dengan Honor Magic Vs, yang secara rasmi masuk pasaran Malaysia pada April tahun 2023. Terkini, Honor telah melancarkan Magic V2, sekuel terbaru dalam telefon lipatnya untuk pasaran China.

Uniknya, Magic V2 membawakan reka bentuk badan ternipis dan teringan dalam pasaran dengan hanya berukuran 9.9mm tebal dalam keadaan terlipat, dan berat 231 gram. Ini malah lebih ringan daripada sebuah iPhone 14 Pro Max pada 240gram dan lebih nipis dari telefon lipat ternipis sebelum ini iaitu Xiaomi Mix Fold 2 pada 11.2mm. Jika dibuka, Magic V2 hanya berukuran 4.7mm.



Selain itu, engsel yang digunakan juga memain peranan untuk mencapai badan senipis ini. Magic V2 menampilkan mekanisma engsel tanpa gear yang diperbuat daripada titanium. Ketahanan engsel boleh bertahan sehingga 400,000 lipatan serta memiliki salutan P2i untuk melindungi perkakas dalaman daripada percikan air.

Magic V2 adalah telefon bertaraf flagship dengan diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 2 versi overclocked pada 3.36GHz untuk teras utamanya. Ia adalah versi yang sama terdapat pada siri Galaxy S23. Cip tersebut digandingkan dengan RAM 16GB dan pilihan storan sama ada 256G atau 512GB. Pilihan storan 1TB yang lebih luas juga tersedia untuk edisi Ultimate Honor Magic V2.



Membuka lipatan, paparan utamanya menggunakan skrin LTPO OLED berukuran 7.92-inci dengan resolusi 2,156×2,344. Kecerahan maksimum yang disokong adalah sehingga 1,600 nits. Paparan luar pula didatangkan dengan skrin OLED 6.43 inci dengan resolusi 2,376×1,060 yang menyokong kecerahan puncak 2,500 nits. Kedua-dua skrin berupaya mencapai kadar penyegaran 120Hz dan pemalapan PWM pada frekuensi 3,840Hz. Skrin luar boleh digunakan bersama pen stylus.

Sistem pengimejan Magic V2 dipacu oleh kamera utama 50MP f/1.9 dengan OIS, kamera ultra lebar 50MP f.2.0 dan kamera telefoto 20MP OIS dengan zum optikal 2.5x dan zum digital sehingga 40x. Lubang kamera selfie terdapat di kedua-dua paparan yang menmpatkan kamera 16MP f/2.2.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W berwayar. Walau bagaimanapun, tiada sokongan pengecasan wayarles . Lain-lain ciri termasuk pengimbas cap jari di butang kuasa, NFC, Bluetooth 5.3 dan WiFi 7.

Di China, Honor Magic V2 dijual pada harga CNY8,999 (~RM5,718) untuk model RAM16GB dan storan 256GB, manakala CNY9,999 (~RM6,352) untuk model RAM16GB dan storan 512GB. Untuk Edisi Ultimate dengan storan terbesar 1TB pula dijual pada harga CNY11,999 (~RM7,623).

[Sumber: GSMArena]

Tags: honorHonor Magic V2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Magic V2 telefon lipat paling nipis, serta lagi ringan daripada iPhone 14 Pro Max

Honor Magic V2 telefon lipat paling nipis, serta lagi ringan daripada iPhone 14 Pro Max

17 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER