• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sooka tawar 10 saluran menarik yang boleh ditonton secara percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:55 pm
  • 18/07/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sooka telah mengumumkan 5 penambahan saluran TV Penstriman Percuma atau Free Ad-supported Streaming TV (FAST). Penambahan itu menjadikan 10 saluran TV percuma yang bakal tersedia untuk ditonton orang ramai tanpa memerlukan sebarang langganan.

Saluran FAST diperkenal hasil kerjasama Sooka bersama Amagi, sebuah syarikat penyiaran dan pengedaran kandungan berasaskan awan. Saluran FAST juga boleh distrim dengan mudah para pelanggan atau orang ramai Sooka melalui TV pintar atau peranti mudah alih.



Penambahan saluran terbaru ini membolehkan penonton untuk menikmati lebih pelbagai kandungan yang menarik. Ini termasuk kandungan seperti sukan, hiburan Korea, pengembaraan, gaya hidup dan banyak lagi.

Sebelum ini, 5 saluran yang telah terdapat dalam penawaran FAST termasuk K-Popcorn, ESTV, CarbonTV, TAYO+ dan Gusto TV. Saluran terbaru yang dimasukkan dalam penawaran FAST adalah seperti Bollywood Prime, YRF Music, INFAMOUS TV, Tastemade dan EDGESport.



Menariknya, kesemua saluran percuma ini boleh ditonton dan distrim dalam resolusi HD. Tiada had yang dikenakan. Tapi ia bergantung terhadap kelajuan internet anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan saluran percuma yang ditawarkan oleh Sooka, anda boleh rujuk ringkasan di bawah.

1. K-Popcorn

K-Popcorn menawarkan kandungan-kandungan filem Korea, drama Korea serta hiburan K-Pop terkini.

2. ESTV

ESTV menyediakan pelbagai kandungan e-sukan yang boleh dinikmati peminat, termasuk siaran langsung dan perpustakaan kandungan atas permintaan.

3. CarbonTV

Saluran CarbonTV menayangkan kandungan-kandungan berkualiti mengenai pegembaraan luar yang pasti boleh menghiburkan anda.

4. TAYO+

Saluran TAYO+ menghimpunkan siri dan program kandungan kanak-kanak seperti Pororo, The Little Penguin dan Tayo, the Little Bus.

5. GUSTO TV

Gusto TV ialah saluran makanan yang menayangkan konten-konten memasak di seluruh dunia melibatkan pelbagai budaya makanan.

6. Bollywood Prime

Hiburan untuk peminat Bollywood dengan mempunyai filem-filem blockbuster terbaru hingglah ke filem klasik. Ia juga ada pelbagai konten dalam perpustakaan termasuk konten gaya hidup, memasak, belakang tadbir filem dan banyak lagi.

7. YRF Music

Saluran YRF Music menggabungan muzik-muzik tersuai yang dipesan dan terdapat kandungan lain yang menghiburkan sepanjang masa.

8. INFAMOUS TV

Khas untuk peminat filem seram dan thiller, saluran ini menawarkan program seperti The FBI Files, Interpol Investigates dan Ghost Stories.

9. Tastemade

Saluran yang menawarkan program seperti resipi masakan dan gaya hidup untuk menginspirasikan kehidupan seharian anda.

10. EDGESport

EDGESport merupakan saluran untuk anda menerokai kandungan aksi, pengembaraan dan gaya hidup aktif seperti Freeski, Snowboard, BMX, Surf dan banyak lagi.

Jika anda berminat dengan saluran yang ditawarkan FAST, anda boleh tontonnya melalui peranti mudah alih dengan memuat turun aplikasi Sooka di Apple Store dan Google Play Store. Kalau nak tonton di TV pula, aplikasi Sooka hanya boleh dgunakan di TV Pintar LG model 2018 ke atas dengan sekurang-kurangnya menggunakan WebOS 4.0, TV Samsung model 2018 ke atas dengan Tizen OS 4.0. Untuk Android TV, ia boleh digunakan dengan TV Sony dan Sharp dengan versi Android 8.0 ke atas.

Selain itu, jika anda mahukan lebih banyak konten premium, anda boleh melanggan pakej Entertainment pada harga RM15.90, Sports & Entertainment pada harga RM34.90 dan Sooka TV pada harga RM62.90 di laman web Sooka.

Tags: astrobollywood primeedgesportsestvgustotvinfamoustvk-popcornsookatastemadetayo+
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sooka tawar 10 saluran menarik yang boleh ditonton secara percuma

18 July 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN