• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 90 5G: Miliki cip Snapdragon 7 Gen 1 paling laju dan kamera 200MP

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:44 pm
  • 20/07/2023
  • Komen
Telefon fotografi Honor dengan perlindungan mata akan tiba, adakah ia pengganti Honor 70?
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia secara rasmi telah melancarkan sebuah telefon pintar terbaru dalam siri Honor 90, iaitu Honor 90 5G untuk pasaran tempatan. Ia adalah sebuah telefon dalam kelas pertengahan dengan menampilkan kamera beresolusi tinggi serta mempunyai paparan yang menawarkan pengalaman melihat skrin yang lebih selesa.

Harga dan promosi Honor 90 5G

Untuk mereka yang berminat, Honor 90 5G boleh didapatkan di Malaysia bermula 22 Julai 2023. Terdapat 2 konfigurasi yang ditawarkan dan harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Honor 90 5G (RAM 12GB + storan 256GB) – RM1,799
  • Honor 90 5G (RAM 12GB + storan 512GB) – RM2,099

Dalam masa yang sama, Honor juga memberikan hadiah percuma bernilai sehingga RM647 berupa fon putik Honor Earbuds X5, tambahan satu tahun waranti serta pelindungan skrin selama 180 hari. Tapi terhad sementara stok masih ada.

Lebih menarik, pembeli Honor 90 5G yang membuat pembelian pada 22 July 2023 akan disertakan sekali kredit e-wallet berjumlah RM150, di mana semenanjung Malaysia akan menerima kredit di Touch ‘n Go eWallet dan Sabah dan Sarawak pula menerima kredit e-wallet di Boost.



Spesifikasi Honor 90 5G

Bermula dari bahagian luaran, Honor 90 5G memperagakan reka bentuk yang nipis dengan panel belakang plastik bertekstur. Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 7 Gen 1 Enhanced, memiliki prestasi dipertingkat dengan kelajuan 2.5GHz.

Skrinnya jenis OLED HD Penuh berukuran 6.7-inci dengan resolusi 2664X1200, serta sokong kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan setinggi 1,600nits. Ia dikatakan sangat melindungi mata kerana kadar PWM yang sangat tinggi iaitu 3,840Hz, tertinggi di peranti masa kini.

Kamera hadapannya juga memiliki resolusi sangat tinggi, dengan sensor 50MP f/2.4. Di belakang, ia mengekalkan rekaan dua cincin besar seperti Honor 70, memuatkan kamera utama 200MP f/1.9, kamera ultralebar 12MP f//2.2 dan kamera potret 2MP f/2.4.

Tenaga disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas Honor 66W, serta PD 40W. Walau bagaimanapun, tiada sokongan pengecasan wayarles.

Sejurus keluar kotak, Honor 90 5G menjalankan sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13 dan tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Perak, Hijau dan Biru.

Bacaan berkaitan

  • Honor 90 Lite: Dilengkapi kamera 100MP dan skrin 90Hz pada harga sekitar RM1,000
  • Honor Pad X9 dengan 6 speaker akan dilancar bersama siri Honor 90 pada 20 Julai
  • Siri Honor 90 dengan kamera 200MP akan dilancar pada 20 Julai, beli baucar RM1 untuk peluang menang telefon
Tags: honorhonor 90honor malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Telefon fotografi Honor dengan perlindungan mata akan tiba, adakah ia pengganti Honor 70?

Honor 90 5G: Miliki cip Snapdragon 7 Gen 1 paling laju dan kamera 200MP

20 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER