• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 90 Lite: Dilengkapi kamera 100MP dan skrin 90Hz pada harga sekitar RM1,000

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:43 am
  • 21/07/2023
  • Komen
Honor 90 Lite disenaraikan untuk pasaran Perancis, lengkap dengan Dimensity 6020
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia telah mengumumkan ketibaan telefon pintar terbaru dalam siri 90, iaitu Honor 90 Lite untuk pasaran Malaysia. Seperti namanya Lite, ia merupakan telefon lebih mampu milik dengan spesifikasi yang lebih ringan berbanding Honor 90 5G.

Ini merupakan kemunculan semula model Lite bagi pasaran Malaysia setelah pelancarannya dilangkau pada siri Honor 70 terdahulu. Kali terakhir model Lite dilancarkan di Malaysia adalah dengan Honor 50 Lite pada tahun 2021.



Harga dan promosi Honor 90 Lite

Honor menawarkan hanya satu varian untuk model Honor 90 Lite dan ia boleh didapati orang ramai bermula 22 Julai 2023. Satu-satunya konfigurasi storan yang tersedia seluas 256GB. Di Malaysia, harga rasminya adalah seperti berikut:

Honor 90 Lite (RAM 8GB + storan 256GB) – RM1,099



Sementara itu, setiap pembelian Honor 90 Lite akan didatangkan bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM258 berupa fon putik Honor Choice Earbuds X3 Lite, serta tambahan waranti selama setahun. Tapi terhad sementara stok masih ada.

Tidak terhad pada itu, Honor juga akan memberikan kredit e-wallet sebanyak RM50 untuk pembeli terawal yang membuat pembelian pada 22 Julai 2023. Pembeli di semenanjung Malaysia akan menerima kredit di Touch ‘n Go eWallet, manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kredit e-wallet di Boost.

Spesifikasi Honor 90 Lite

Model Honor 90 Lite yang lebih ringan ini menggunakan cip Dimensity 6020 yang sama digunakan pada Vivo Y36 yang baru saja dilancarkan di Malaysia. Storan dalamannya seluas 256GB dan ia menjalankan sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13.

Honor 90 Lite hadir dengan panel paparan sebesar 6.7-inci daripada jenis LTPS LCD pada resolusi FHD+ 2388×1080. Skrinnya berupaya untuk mencapai kadar penyegaran pada 90Hz.

Telefon ini memperagakan konfigurasi trikamera belakang menggabungkan kamera utama 100MP f/1.9, kamera ultralebar 5MP f/2.2 dan kamera makro 2MP f/2.4. Swafoto pula menggunakan kamera 16MP f/2.45 yang terletak dalam lubang di di bahagian dahi paparan.

Tenaga disalurkan oleh bateri berkapasiti 4,500mAh dan menyokong kuasa pengecasan pantas 22.5W melalui USB-C. Honor 90 Lite boleh didapatkan dalam 2 pilihan warna di Malaysia iaitu Putih dan Hitam.

Bacaan berkaitan

  • Honor 90 5G: Miliki cip Snapdragon 7 Gen 1 paling laju dan kamera 200MP
  • Siri Honor 90 dengan kamera 200MP akan dilancar pada 20 Julai, beli baucar RM1 untuk peluang menang telefon
  • Honor Pad X9 dengan 6 speaker akan dilancar bersama siri Honor 90 pada 20 Julai
Tags: honorhonor 90 litehonor malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Honor 90 Lite disenaraikan untuk pasaran Perancis, lengkap dengan Dimensity 6020

Honor 90 Lite: Dilengkapi kamera 100MP dan skrin 90Hz pada harga sekitar RM1,000

21 July 2023
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER