• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiktok kini bolehkan pengguna muat naik kandungan teks, nak bersaing dengan Twitter?

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:05 pm
  • 25/07/2023
  • Komen
Tiktok kini bolehkan pengguna muat naik kandungan teks, nak bersaing dengan Twitter?
Share on FacebookShare on Twitter

TikTok, platform yang terkenal dengan format video pendek telah mengumumkan satu penambahan ciri baru yang boleh dikatakan seakan-akan meniru Twitter. Ia adalah kebolehan untuk memuat naik kandungan berasaskan teks.

Menerusi laman berita TikTok, mereka mengatakan penambahan format terbaru ini membolehkan pencipta untuk berkongsikan cerita, puisi atau pelbagai kandungan secara bertulis dengan mudah. Pengenalan ciri ini juga bertujuan untuk meluaskan cara pencipta berkongsi idea dan mengekpresikan kreativiti mereka di Tik Tok. Fitur teks di TikTok ini telah tersedia untuk digunakan oleh semua pengguna bermula hari ini dan anda yang berminat boleh mencubanya sendiri.



Untuk lakukannya, anda boleh pergi ke bahagian kamera, kemudian anda akan dapati terdapat pilihan “Text” selain video dan gambar. Menekan pilihan “Text” akan membawa anda ke halaman untuk menyunting kandungan teks. Dari situ, anda boleh menyesuaikan kandungan dengan menambah lagu, tag lokasi, buka akses komen dan Duets. Ini dikatakan oleh TikTok bagi menjadikan kandungan teks sama interaktif dan dinamik seperti kandungan video atau gambar.

Bukan itu sahaja, TikTok juga membenarkan pengguna untuk menambah sticker bersama tag atau hashtag. Selain itu, terdapat opsyen untuk mengubah warna latar belakang mengikut kesukaan, serta kandungan teks boleh disimpan di draf atau dibuang.



Cara dan konsep untuk hasilkannya boleh dilihat lebih kurang sama seperti Story di Instagram. Tapi ini tidak mengejutkan kerana TikTok juga mengambil inspirasi dari Instagram apabila menambah kandungan gambar statik di aplikasinya. Sekarang, TikTok nampaknya mahu memberikan pilihan untuk pengguna yang mahu siarkan kandungan berasaskan teks pula, di mana langkah yang sama dilakukan oleh Meta dalam memperkenalkan Threads.

[Sumber: TikTok]

Tags: TikTok
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tiktok kini bolehkan pengguna muat naik kandungan teks, nak bersaing dengan Twitter?

Tiktok kini bolehkan pengguna muat naik kandungan teks, nak bersaing dengan Twitter?

25 July 2023
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN