• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Tab S9+: Naik taraf minimum, tapi ada IP68

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:00 pm
  • 26/07/2023
  • Komen
Samsung Galaxy Tab S9+: Naik taraf minimum, tapi ada IP68
Share on FacebookShare on Twitter

[PROMOSI TAMBAHAN] Dapatkan sehingga RM400 diskaun untuk tempahan awal Galaxy Z Flip 5, Z Fold 5, siri Tab S9 dan siri Watch 6 menggunakan kod promosi: SCGALAXY


Samsung dalam acara Unpacked 2023 yang berlangsung di Korea Selatan mengumumkan kemas kini pada barisan tablet mereka. Sebanyak tiga variasi tablet boleh anda pilih iaitu:

  • Samsung Galaxy Tab S9
  • Samsung Galaxy Tab S9+
  • Samsung Galaxy Tab S9 Ultra

Harga Samsung Galaxy Tab S9+ di Malaysia

Samsung Galaxy Tab S9 ditawarkan dalam variasi Wi-Fi sahaja ataupun 5G selular. Berikut adalah senarai harganya:



  • Galaxy Tab S9+ 5G dengan Keyboard (512GB) – RM5,849
  • Galaxy Tab S9+ dengan Keyboard (512GB) – RM5,199
  • Galaxy Tab S9+ 5G (256GB) – RM5,249
  • Galaxy Tab S9+ (256GB) – RM4,599

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S9

Samsung Galaxy Tab S9+ adalah varian pertengahan antara Galaxy Tab S9 dan Galaxy Tab S9 Ultra. Naik taraf berbanding Tab S8+ tidaklah besar, tapi ada.

Bermula dengan panel paparan, tablet ini memperagakan paparan 12.4” Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula antara 60Hz hingga 120Hz. Konfigurasi kuadstereo hasil talaan AKG juga ada bersama-sama Dolby Atmos untuk anda layani kandungan multimedia.



Di bahagian pengimejan, konfigurasi kamera belakangnya sama macam Tab S9 iaitu dwikamera belakang yang gabungkan kamera 13MP (utama) dan kamera ultralebar 8MP. Mengambil selfie boleh dilakukan melalui kamera 12MP.

Atas papan utama, tablet ini diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy yang baharu. Cip tersebut digandingkan dengan kombinasi RAM dan storan sama ada 12GB + 256GB ataupun 12GB + 512GB. Untuk ruang penyimpanan yang lebih besar, slot mikro-SD juga disediakan dan slot itu mampu tampung kad SD sehingga 1TB.

Tangki bateri yang membekalkan tenaga pada tablet ini mengandngi 10,090mAh dan dicas melalui port USB-C yang terletak di bahagian bawah. Seperti Tab S9, pengimbas cap jarinya turut berada di atas paparan itu sendiri dan setiap unit tablet ini disertakan dengan S Pen dan kabel USB-C.

Berbanding dengan Tab S9, Tab S9+ memiliki paparan yang lebih besar, kombinasi RAM dan storan lebih luas, dan kapasiti bateri yang lebih tinggi. Jika anda bandingkan pula dengan Tab S8+ terrdahulu, perkara yang berubah adalah kamera ultralebar dinaik taraf kepada 8MP serta kapasiti bateri 10% lebih tinggi kapasiti.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Flip 5, tak perlu lagi buka skrin untuk guna aplikasi
  • Samsung Galaxy Z Fold 5, pengalaman komputer diperhebat di peranti lipat kalis air
  • Samsung Galaxy Tab S9 Ultra Malaysia: Peranti Snapdragon 8 Gen 2 dengan hayat bateri paling panjang
  • Samsung Galaxy Tab S9 Malaysia: Kini pakai skrin OLED dan ada bateri lebih besar
  • PROMO: Sehingga RM400 diskaun tambahan untuk tempahan Galaxy Z Flip 5, Galaxy Z Fold 5, Galaxy Tab S9 & Galaxy Watch 6
Tags: androidmobilesamsungsamsung galaxy tab s9samsung galaxy tab s9 ultrasamsung galaxy tab s9+tabletUnpacked
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Samsung Galaxy Tab S9+: Naik taraf minimum, tapi ada IP68

Samsung Galaxy Tab S9+: Naik taraf minimum, tapi ada IP68

26 July 2023
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER