[Artikel ini dibawakan oleh UOB]
Zaman berubah dan teknologi semakin canggih. Kecerdasan pintar membuatkan manusia mampu membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat. Sehubungan itu, UOB telah melancarkan aplikasi perbankan serba baharu, UOB TMRW. Ia merupakan penjenamaan semula daripda aplikasi UOB MIGHTY, untuk memberikan perkhidmatan lebih peribadi perbankan digital dipertingkat kepada pelanggan.
Aplikasi UOB TMRW menyediakan perkhidmatan yang sedia ada di UOB MIGHTY seperti yang digemari pengguna. Tetapi ia telah ditambah lagi dengan fungsi yang baru dan dipertingkat. Ia selaras dengan keperluan pengguna yang kini menggunakan lebih banyak perkhidmatan perbankan digital, berbanding pergi secara fizikal ke cawangan bank.
UOB TMRW menampilkan tiga perkara penting untuk pengguna. Pertama adalah UOB Insights. Kedua pula UOB Rewards+ dan ketiga, pembukaan akaun simpanan atas talian yang pantas.
Analisa pintar UOB Insights
Pengguna pasti akan gemar dengan UOB Insights kerana ia menyediakan analisa perbelanjaan dan corak penyimpanan pengguna menerusi kecerdasan pintar, sekaligus mencadangkan tips kewangan dan produk yang menepati keperluan dan sasaran kewangan yang diingini pengguna.
Contohnya, analisa aliran tunai bulanan. Ia boleh menunjukkan semua perbelanjaan tunai pengguna di dalam akaun simpanan/semasa pada akhir bulan, dan dipecahkan mengikut kategori seperti pengeluaran tunai, pembayaran bil, penghantaran wang dan sebagainya. Dengan ini, pengguna tahu dari manakan wang mereka diperoleh dan ke manakah wang mereka dibelanjakan. Tidak perlu lagi membuat kira-kira manual dan membuat anggaran.
Perbelanjaan kad debit dan kredit juga boleh dianalisa. Ia akan dipecahkan mengikut kategori seperti makan malam, berbelanja, tambah nilai ewallet dan sebagainya. Dari sini, penguna dapat melihat kenaikan dan penurunan perbelanjaan mereka.
Di samping itu, UOB TMRW juga boleh mencadangkan kepada pengguna untuk menyimpan wang di dalam akaun dengan kadar faedah lebih tinggi. Contohnya, lebihan perbelanjaan dimasukkan ke dalam akaun simpanan khas. Ia juga memupuk sifat menyimpan kepada pengguna.
Lebih baik lagi, ia boleh memberi peringatan kepada pengguna tentang baki yang tidak mencukupi untuk bayaran akan datang. Apabila pengguna biasa membuat bayaran, maklumat tersebut akan dianalisa dan mengingatkan pengguna apabila tempoh bayaran tiba. Dengan ini, pengguna tidak akan terlupa membuat bayaran yang boleh dikenakan penalti jika terlepas tempoh membayar.
Ganjaran UOB Rewards+
UOB menyediakan ganjaran paling menyeluruh di dalam aplikasi UOB TMRW. Pengguna tidak perlu menyemak laman web seperti yang selalu dibuat bank lain, sebaliknya boleh menyemak katalog penbuh ganjaran secara terus di dalam aplikasi.
Ganjaran UOB Rewards+ boleh disemak dan ditebus dengan mudah di dalam aplikasi. Ia menyediakan ganjaran berupa makan malam, membeli-belah, percutian dan banyak lagi.
Pengguna kad kredit UOB akan menerima ganjaran dalam bentuk UniRinggit dan boleh digunakan untuk menebus pelbagai barangan di dalam katalog ganjaran. Pengguna boleh memilih untuk menebus sepenuhnya menggunakan UniRinggit, atau sebahagian sahaja dan membayar bakinya.
Selain mata ganjaran UniRinggit, pengguna juga boleh menikmati lebih banyak ganjaran menerusi kupon yang disediakan di dalam apikasi. Pelbagai kupon ditawarkan dan diperbaharui dari semasa ke semasa di dalam aplikasi.
Pembukaan akaun simpanan pantas
UOB TMRW meneruskan kemudahan membuka akaun simpanan seperti UOM MIGHTY. Malah, pengguna juga akan menerima ganjaran tunai RM50 jika membuka akaun simpanan di dalam aplikasi.
Lebih menarik lagi, pelanggan baru dan sedia ada UOB berpeluang memenangi kenderaan elektrik BYD Atto atau wang tunai RM500 apabila membuka akaun simpanan terpilih menerusi aplikasi. Kempen ini berjalan dari 1 Mei sehingga 31 Julai 2023. Rujuk di sini untuk maklumat lanjut.
Lebih banyak fungsi canggih akan ditambah
Pengguna UOB TMRW boleh menantikan lebih banyak fungsi canggih ditambah ke dalam aplikasi di masa akan datang. UOB telah bersedia untuk melancarkan produk digital baru seperti kawalan kad kredit serta permohonan insuran dan kad kredit di dalam aplikasi.
Dengan kemudahan dan kepintaran yang disediakan UOB TMRW, tidak syak lagi ia adalah aplikasi perbankan yang hebat dan sangat membantu pengguna menguruskan kewangan. Pengguna juga menikmati ganjaran masa nyata dan boleh menebusnya dengan segera.
Muat turun aplikasi UOB TMRW sekarang di Apple Appstore, Google Playstore atau Huawei Appgallery.