• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia (Julai 2023)

  • OLEH Najib
  • 11:02 am
  • 02/08/2023
  • Komen
5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia (Julai 2023)
Share on FacebookShare on Twitter

Bajet RM2,000 ni boleh dapat kuasa flagship, prestasi tertinggi, kamera hebat, kalis air dan banyak lagi. Tapi tak semua ciri flagship boleh dapat dengan RM2,000 dalam satu telefon. Anda kena pilih apa fungsi hebat yang diperlukan, baru senang nak pilih telefon terbaik untuk anda guna.

Di sini saya mudahkan anda untuk memilih dengan menyenaraikan 5 telefon pintar terbaik boleh di Malaysia bawah RM2,000. Selain itu, anda juga boleh semak senarai 5 telefon pintar terbaik kami untuk bajet di bawah RM1,200 di sini dan di bawah RM600 di sini.



1. Poco F5 Pro (8+256) RM1,999 promosi

Poco F5 Pro paling berkuasa sebab dia guna cip Snapdragon 8+ Gen 1, RAM LPDDR5 serta skrin AMOLED 120Hz 2 WQHD, lagi tinggi dari HD Penuh tau. Bateri pun besar 5,160mAh dan pengecas berwayar 67W macam tak laju sangat. Tapi dia ada pengecas wayarles 30W sekali. Model lain tak ada.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.



Bacaan lanjut di sini.

2. Xiaomi 12T (8+256) RM1,999

Xiaomi 12T ni antara pilihan umum yang bagus. Ia ada kuasa Mediatek Dimensity 8100 Ultra, baik sikit daripada 8100 biasa di Realme. Kamera pun menarik, 108MP di belakang dan 20MP di depan. Ada skrin AMOLED 120hz, speaker stereo dan pengecasan pantas 120W. Ditambah lagi dengan jaminan Xiaomi iaitu 3 kali kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

3. Samsung Galaxy A54 (8+256) RM1,999

Samsung Galaxy A54 baru dilancarkan tahun ini, kini dengan rekaan mirip Galaxy S23 tetapi dengan badan plastik. Prestasinya kelas pertengahan dengan kuasa Exynos 1380,  RAM 8GB dan storan 256GB. Kuasa pengecasnya hanya 25W dan tiada kepala pengecas dalam kotak, kena beli berasingan.

Tetapi Galaxy A54 ada kekuatan di bahagian lain yang penting iaitu kalis air dan debu IP67, satu-satunya dalam senarai ini. Samsung juga jamin kemaskini perisian lebih panjang iaitu 5 tahun kemaskini keselamatan dan 4 kali sistem operasi. Seperkara lagi, Samsung bagi jaminan waranti selama 2 tahun untuk Galaxy A54. Dalam promosi Samsung katakan, 5+4+2.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

4. Vivo V27 (8+256) RM1,799

Vivo V27 juga telefon baru dilancar tahun ini, dikuasakan cip Mediatek Dimensity 7200, skrin AMOLED 120hz dan menyokong pengecasan 66W. Apa yang menarik di telefon ini adalah kameranya. Kamera belakangnya 50MP OIS, ada lampu lembut dipanggil Aura Portrait yang sangat sesuai untuk mengambil gambar kulit tanpa terlampau cerah. Kamera depan pun hebat, 50MP dan ada autofokus. Pastinya swafoto lebih tajam.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

5. Realme 11 Pro+ (12+512) RM1,999

Paling best dengan Realme 11 Pro+ ni sebab storannya 512GB, paling besar bawah RM2,000. Skrin dia AMOLED 120Hz dan melengkung, kalau ada yang suka memang bagus beli telefon ni. Kamera pun paling besar megapiksel, 200MP dan katanya boleh zum lossless 4x. Mengecas pun pantas dengan kuasa 100W. Tambah unik kemasan kulit vegan di belakang, nampak lain daripada yang lain.

Dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Bacaan lanjut di sini.

Bacaan Berkaitan

  • 5 telefon pintar terbaik bawah RM600 di Malaysia
  • 5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia
  • 5 Telefon terbaik bawah RM1,000 di Malaysia
  • 5 Telefon terbaik bawah RM1,500 di Malaysia
Tags: 5 terbaikPocoPoco F5 ProRealmeRealme 11 Prosamsungsamsung galaxy a54vivovivo v27xiaomixiaomi 12t
Najib

Najib

POPULAR

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia (Julai 2023)

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia (Julai 2023)

2 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER