• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5G di Maxis & Hotlink boleh digunakan mulai 15 Ogos, pelan 5G dari RM45/bulan dengan bonus data 5G

  • OLEH Najib
  • 8:47 pm
  • 14/08/2023
  • Komen
Oppo pilih Malaysia sebagai Pusat Hab Asia Pasifik
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diluluskan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini, Maxis mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan akses ke rangkaian 5G mulai hari Selasa, 15 Ogos 2023. Beberapa pelan akan dinaik taraf dengan data 4G+5G, serta data bonus 5G.

CEO Maxis, Goh Seow Eng berkata, “Kami teruja untuk membawa pelan 5G kepada pelanggan kami berikutan kelulusan pemegang saham kami di EGM hari ini, dan seterusnya menandatangani Perjanjian Akses dengan DNB. Pelan kami menawarkan nilai menarik untuk semua segmen, dengan tumpuan pada kemampuan dan penerimaan supaya semua orang boleh menikmati faedah 5G.”



Dalam kenyataan tersebut, Maxis menyatakan pelan Maxis Postpaid baharu akan ditawarkan dari RM79 hingga RM199/bulan. Ia akan memberi data 4G+5G sehingga 200GB, bersama data bonus 5G sehingga 100GB. Selain itu, pengguna pascabayar turut akan menikmati panggilan dan SMS tanpa had.

Bagi memudahkan lagi pengguna menikmati 5G, Maxis akan menawarkan peranti 5G kepada pengguna menerusi pelan mudah Maxis Zerolution, yang menyediakan bayaran ansuran tanpa faedah, antara 24-bulan dan 36-bulan.



Untuk pelan lebih murah, Maxis menawarkannya menerusi prabayar dan pascabayar Hotlink. Pelan pascabayar Hotlink 5G akan disediakan pada harga RM70/bulan, memberikan data 4G+5G sebanyak 70GB dan data bonus 5G 35GB, menjadikan jumlah data 105GB.

Pelan prabayar Hotlink 5G pula ditawarkan lebih murah, dari RM45/bulan dengan kuota data 4G+5G sebanyak 50GB, serta data bonus 5G 25GB. Selain itu, pengguna Hotlink juga boleh melanggan pelan mingguan dari RM15/minggu dengan 15GB data dan 10GB data bonus 5G. Hotlink juga memberikan pengembalian tunai sebanyak 20% untuk belia berusia di bawah 24-tahun, jika membeli pas internet bulanan.

Maxis juga akan memperbaharui pelan jalur lebar wayarles, Maxis Home WiFi. Dengan harga RM158/bulan, ia memberikan akses ke 4G/5G tanpa sekatan kelajuan. Ia akan disertakan WiFi Router 5G premium untuk menampung keperluan pelbagai pengguna dan peranti.

Maklumat lanjut tentang tawaran 5G baru Maxis dan Hotlink akan tersedia di laman web www.maxis.com.my pada pukul 12 tengah hari, 15 Ogos 2023. Dengan ini, pastinya Maxis bersedia untuk menawarkan Pakej 5G Rahmah yang diumum minggu lepas, memberikan peranti 5G berharga RM240 dan pelan 5G 60GB RM60/bulan, bersama kontrak 24-bulan.

[Sumber: Maxis]

Bacaan Berkaitan

  • Maxis akan tandatangan perjanjian akses 5G dengan DNB selepas diluluskan pemegang saham
  • Hotlink umum pelan prabayar pantas dan tanpa had baru lebih jujur FUP
  • 5 telco sambut baik pakej 5G RAHMAH dengan telefon 5G dan pelan mampu milik
  • Maxis mungkin dapat sediakan 5G, tidak lama lagi selepas perjanjian akses 5G bersama DNB diselesaikan
  • Fahmi Fadzil: 5 telco utama akan sertai DNB, perjanjian pegangan saham akan dimuktamadkan
Tags: 5g malaysiaDNBhotlinkmaxis
Najib

Najib

POPULAR

Oppo pilih Malaysia sebagai Pusat Hab Asia Pasifik

5G di Maxis & Hotlink boleh digunakan mulai 15 Ogos, pelan 5G dari RM45/bulan dengan bonus data 5G

14 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER