• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Abaikan Apple Watch 9, naik taraf besar akan dikenakan pada Watch X, termasuk skrin dan rekaan badan baru

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:20 pm
  • 14/08/2023
  • Komen
Apple Watch Ultra, Watch Series 8 dan Watch SE dijual di Malaysia mulai hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah menjadi tradisi untuk Apple melancarkan iPhone baru pada bulan September. Ura-ura terbaru mengatakan, untuk tahun ini, ia akan diadakan pada 12 September. Apple dijangka akan membawa perubahan kecil untuk barisan Apple Watch 9, seperti mana yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini, kecuali untuk Apple Watch Ultra yang diperkenal pada tahun lepas.

Bagaimanapun, walaupun masih jauh untuk pelancaran generasi Apple Watch tahun akan datang, sudah ada khabar yang bertiup kencang tentangnya. Mark Gurman, penganilisis Apple terkenal melaporkan bahawa Apple akan membawakan perubahan besar untuk Apple Watch X, sempena ulang tahun ke 10 Apple Watch. Watch X dikatakan akan dilancar pada 2024 atau 2025.



Untuk model jam generasi ke 10, Gurman mengatakan pereka Apple sedang dalam usaha untuk menghasilkan badan jam yang lebih nipis dan bereksperimen untuk mengubah cara tali jam dipasang ke badan. Difahamkan, Apple akan memakai mekanisma yang baru, iaitu sistem sambungan magnetik yang berkemungkinan membuat kemunculan pertamanya pada Apple Watch X.

Pengenalan sistem tebaru bermakna tali jam sedia ada tidak lagi serasi dengan reka bentuk yang baru. Sejak pelancarannya, Apple menggunakan mekanisma sama yang meluncur dari tepi casis dengan fungsi untuk menguncinya. Namun, kelemahan sistem itu adalah ia mengambil ruang yang besar di badan jam, yang sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk bateri yang lebih besar atau komponen lain.



Selain itu, terdapat perubahan besar yang akan datang pada bahagian skrin jam. Bahagian skrin dikatakan akan menerima naik taraf kepada skrin microLED berbanding OLED, disamping menerima teknologi terbaru untuk mengukur tekanan darah.

Sementara itu, untuk model Apple Watch 9 tahun ini, Apple akan mengekalkan saiz badan yang sama dengan penawaran sekarang iaitu 41mm dan 45mm, dan 49mm untuk model Ultra. Naik taraf paling ketara akan diperlihatkan pada cip pemproses yang lebih laju dan pilihan warna yang baru.

[Sumber: Bloomberg]

Tags: appleapple watchApple Watch X
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple Watch Ultra, Watch Series 8 dan Watch SE dijual di Malaysia mulai hari ini

Abaikan Apple Watch 9, naik taraf besar akan dikenakan pada Watch X, termasuk skrin dan rekaan badan baru

14 August 2023
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN