• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Christiano Ronaldo pecah rekod akaun Instagram pertama tembusi 600 juta pengikut

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:05 pm
  • 14/08/2023
  • Komen
Christiano Ronaldo pecah rekod akaun Instagram pertama tembusi 600 juta pengikut
Share on FacebookShare on Twitter

Christiano Ronaldo terus menerus mencipta sensasi walaupun dia tidak lagi bersama kelab gergasi Eropah. Dilaporkan yang dia manusia pertama yang melepasi paras 600 juta pengikut di Instagram.

Mengekori tidaklah terlalu rapat di belakangnya ialah Lionel Messi dengan 482.7 juta pengikut. Satu perkara menarik tentang akaun Instagram dengan pengikut teramai, hanya Ronaldo dan Messi sahaja dalam senarai 10 teramai ialah seorang ahli sukan.



Bilangan pengikut Ronaldo di Instagram senantiasa mencetuskan rekod. Selain yang pertama melepasi paras 600 juta, dia juga yang pertama melepas 500 juta dalam bulan November 2022 dulu manakala dalam bulan Februari, ESPN melaporkan dia jugalah yang pertama melepasi takat 400 juta.

Trend peningkatan pengikut ini tidak menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Sekiranya anda lihat pada statistik pengikut akaun Ronaldo, saban tahun ia menunjukkan peningkatan melebihi ratus juta. Berikut adalah statistik lampau pengikut akaun Instagram Ronaldo:



  • Januari 2020 – 195.7 juta
  • Januari 2021 – 250.4 juta
  • Januari 2022 – 384.7 juta
  • Januari 2023 – 527.0 juta
  • Ogos 2023 – 600.0 juta

Satu lagi maklumat menarik yang mungkin ingin anda tahu adalah, jumlah pengikutnya lebih ramai daripada pengikut Instagram rasmi 20 kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris yang digabungkan. Kesan Ronaldo tak terhenti di Instagram. Apabila diumumkan saja dia menyertai kelab bola sepak Al Nassr FC, Twitter rasmi kelab tersebut diserbu lebih 450,000 pengikut dalam masa satu malam sahaja.

Sumber: Instatrack, 2, APBLive, Social Blade

Tags: Christiano Ronaldoinstagram
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Christiano Ronaldo pecah rekod akaun Instagram pertama tembusi 600 juta pengikut

Christiano Ronaldo pecah rekod akaun Instagram pertama tembusi 600 juta pengikut

14 August 2023
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN