• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis perkenal pelan pascabayar 5G baru, data lebih banyak ditambah bonus

  • OLEH Najib
  • 2:00 pm
  • 15/08/2023
  • Komen
Maxis perkenal pelan pascabayar 5G baru, data lebih banyak ditambah bonus
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diumum semalam, hari ini Maxis telah menyenaraikan pelan pascabayar baru mereka dengan akses ke 5G. Ia sebenarnya pelan yang serupa dengan pelan sedia ada, tetapi ditambah harga RM11 dan diberikan data bonus untuk menarik pelanggan mendaftarnya.

Sebelum ini, pelan Maxis Postpaid berharga dari serendah RM68/bulan sehingga RM188/bulan. Kini dengan 5G, penambahan RM11 menjadikan harga pelan paling murah RM79/bulan dan paling mahal RM199/bulan. Tetapi lebih banyak data diberikan kepada pelan 5G. Ia turut disertakan panggilan dan SMS tanpa had.



Maxis memaklumkan, data bonus 5G akan digunakan dahulu sehingga habis, kemudian barulah kuota biasa digunakan. Berikut adalah senarai pelan 5G Maxis bersama kuota yang diberikan.

  • Maxis Postpaid 79: 80GB 4G/5G + Bonus 40GB 5G
  • Maxis Postpaid 109: 100GB 4G/5G + Bonus 50GB 5G
  • Maxis Postpaid 139: 120GB 4G/5G + Bonus 60GB 5G
  • Maxis Postpaid 169: 150GB 4G/5G + Bonus 75GB 5G
  • Maxis Postpaid 199: 200GB 4G/5G + Bonus 100GB 5G

Di samping talian utama, talian tambahan Share 48 di bawah pelan 5G baru ini juga akan mendapat akses ke rangkaian 5G. Tetapi jika anda masih ragu-ragu dengan prestasi 5G, anda boleh mencubanya dahulu tanpa caj tambahan dengan pelan sedia ada.



Tebus pas akses 5G Percuma

Hanya tebus pas akses 5G di dalam aplikasi MyMaxis untuk mula menggunakan 5G sekarang. Ia sah untuk 30 hari. Pas akses 5G berharga RM10/bulan dan akan dicaj kepada pengguna selepas tamat tempoh percuma.

Kalau anda gembira dengan 5G, lebih baik anda menaik taraf kepada pelan 5G dengan tambahan RM11 kerana lebih banyak data diterima, berbanding membayar RM10 untuk pas akses 5G. Contohnya pelan lama RM98 dapat 60GB data, tambah RM11 untuk pelan 5G jadi RM109 dapat 100GB data tambah 50GB data bonus.

Tetapi jika anda tidak mahu 5G selepas itu, jangan lupa tamatkan langganan akses 5G RM10 kerana ia diperbaharui secara automatik setiap bulan.

Lebih menarik lagi adalah tawaran untuk pelan keluarga Maxis. Tawaran internet tanpa had untuk semua talian di bawah pelan keluarga turut mendapat akses ke 5G. Tetapi setiap talian perlu membeli pas akses 5G berharga RM10.

Tunggu apa lagi, pengguna Maxis sudah boleh menggunakan 5G sekarang. Anda boleh uji secara percuma dahulu, sebelum bertukar ke pelan 5G baru jika suka dengannya. Untuk maklumat lanjut,layari laman web Maxis Postpaid.

Bacaan Berkaitan

  • Maxis 5G kini aktif, Hotlink pas bulanan sepantas 12Mbps dan serendah RM45
  • 5G di Maxis & Hotlink boleh digunakan mulai 15 Ogos, pelan 5G dari RM45/bulan dengan bonus data 5G
  • Maxis akan tandatangan perjanjian akses 5G dengan DNB selepas diluluskan pemegang saham
  • 5 telco sambut baik pakej 5G RAHMAH dengan telefon 5G dan pelan mampu milik
  • Maxis mungkin dapat sediakan 5G, tidak lama lagi selepas perjanjian akses 5G bersama DNB diselesaikan
Tags: 5g malaysiamaxis
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Maxis perkenal pelan pascabayar 5G baru, data lebih banyak ditambah bonus

Maxis perkenal pelan pascabayar 5G baru, data lebih banyak ditambah bonus

15 August 2023
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER