• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pakej 5G Rahmah: U Mobile beri 200GB data dan perayauan percuma di 3 negara dengan pelan RM58/bulan

  • OLEH Najib
  • 8:20 pm
  • 30/08/2023
  • Komen
Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile hari ini mengumumkan tawaran Pakej 5G Rahmah mereka sebagai menyahut usaha kerajaan untuk menyediakan pelan dan telefon 5G yang mampu dimiliki rakyat Malaysia. Untuk pakej ini, U Mobile menawarkan pelan U Postpaid 68 bersama telefon pintar 5G percuma, mengikut terma dan syarat.

U Postpaid 68 Terpaling Rahmah

Walaupun ini pelan yang sudah lama ada, U Mobile telah memperbaharuinya dengan meningkatkan kuota dari 100GB kepada 200GB untuk kegunaan di 4G/5G, serta boleh digunakan untuk hotspot serta perayauan data di Indonesia, Singapura dan Thailand.



Harga sebenar pelan ini adalah RM68. Tetapi U Mobile memberitahu kami bahawa pelanggan Pakej 5G Rahmah akan menerima rebat RM10/bulan selama 24-bulan, menjadikan harga pelan cuma RM58/bulan. Ia juga diikat dengan kontrak selama 24-bulan.

Untuk telefon pintar, U Mobile tidak memaklumkan modelnya. Hanya menyatakan peranti 5G baharu pada harga RM240 untuk kontrak 24-bulan. Dijangkakan akan ada Galaxy A14 5G dan Honor 90 Lite 5G dalam tawaran mereka. Bagi golongan B40 pula, 100,00 pendaftaran terawal layak menerima subsidi RM120 untuk membeli telefon pintar, menjadikan harganya cuma RM120.



Pelanggan pelan U Postpaid 68 juga boleh mendaftar sehingga dua talian tambahan UFamilyShare berharga RM38/bulan. U Mobile turut menawarkan telefon pintar 5G percuma, jika mendaftar kontrak lebih panjang iaitu 36-bulan.

Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam

Dalam insentif ini, U Mobile menawarkan rebat RM10 untuk semmua penjawat awam Malaysia bagi pelan U Postpaid 68 atau U Postpaid 98. Ia tersedia untuk pelanggan baru dan sedia ada. Rebat diberikan selama 12-bulan, menjadikan harga pelan U Postpaid 68 hanya RM58 dan U Postpaid 98 RM88.

Kekurangan U Postpaid 68 baru

Sebenarnya, pelan U Postpaid 68 yang baru ada kekurangan berbanding pelan lama. Sebelum ini, ia memberikan data perayauan sebanyak 15GB tetapi boleh digunakan di 63 negara. Pelan yang baru boleh menggunakan data 200GB hanya di 3 negara.

U Mobile memaklumkan, pelanggan sedia ada U Postpaid 68 boleh mengekalkan tawaran lama selagi mana mereka tidak meminta untuk berubah. Tetapi tawaran lama ini tidak akan terdapat lagi selepas 1 September 2023. Jika anda banyak berjalan ke pelbagai negara, tawaran lama kelihatan lebih baik berbanding pelan yang baru.

Pelan lama U Postpaid 68

Kepada yang berminat untuk melanggan Pakej 5G Rahmah daripada U Mobile, pendaftaran dibuka mulai 1 September 2023, bukannya 31 Ogos 2023, di semua cawangan U Mobile serta laman web U Mobile. Tawaran Rahmah ini boleh dilanggan sehingga 31 Disember 2023.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.u.com.my.

Bacaan Berkaitan

  • Pakej 5G Rahmah dilancar, RM60 60GB dan telefon 5G RM240 sedia dilanggan dari 31 Ogos hingga 31 Disember
  • Pakej 5G Rahmah: Yes tawar pelan RM35 dengan 100GB data dan telefon 5G berbeza
  • Pakej 5G Rahmah: Pelan Yes RM58 ada data 4G/5G tanpa had dan telefon 5G percuma
Tags: pakej 5g rahmahu mobileU Postpaid 68
Najib

Najib

POPULAR

Orang ramai kini boleh rasai sendiri rangkaian 5G di BTS bersama U Mobile

Pakej 5G Rahmah: U Mobile beri 200GB data dan perayauan percuma di 3 negara dengan pelan RM58/bulan

30 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER