• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Siri iPhone 15 sah akan dilancar pada 12 September, kemunculan sulung USB-C

  • OLEH Najib
  • 2:15 am
  • 30/08/2023
  • Komen
Siri iPhone 15 sah akan dilancar pada 12 September, kemunculan sulung USB-C
Share on FacebookShare on Twitter

Apple kini telah mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan satu majlis pelancaran pada tarikh 12 September 2023. Menerusi jemputan yang telah dikeluarkan kepada pihak media, majlis pelancaran ini telah diberi nama ‘Wonderlust’.

Seperti sebelum ini, acara ini akan diadakan di Apple Park, Cupertino, Amerika Syarikat pada pukul 10 pagi. Ia bersamaan dengan pukul 1 pagi pada 13 September, waktu Malaysia. Orang ramai boleh turut menonton siaran langsung pelancaran menerusi laman web apple.com, aplikasi Apple TV dan pastinya YouTube Apple.



Walaupun tidak menyebut secara rasmi, pelancaran pada 12 September ini pasti memperkenalkan model telefon terbaru Apple iaitu siri iPhone 15. Di samping itu, Apple juga dikhabarkan akan melancarkan jam pintar baru, Apple Watch series 9 serta Apple Watch Ultra 2.

Di laman web Apple Events, ia menampilkan logo Apple dengan tona warna kelabu, biru dan hitam yang dikatakan akan menjadi warna pilihan untuk siri iPhone 15 Pro. Ramai penganalisa menjangkakan Apple akan mengekalkan siri iPhone 15 yang serupa dengan generasi sebelumnya iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.



gambaran iPhone 15 dengan warna baru Cyan & Magenta

Model asas iPhone 15 dan iPhone 15 Plus bakal menerima fungsi Dynamic Island buat pertama kali, serta menghapuskan port Lightning dan digantikan dengan USB-C.

Bagi iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max, mungkin menampilkan pembaharuan yang ketara, antaranya badan titanium, bingkai lebih nipis, kamera lebih hebat dan paling utama, menggunakan USB-C. Tetapi ia akan datang bersama peningkatan harga yang agak ketara. Ia juga akan dibekalkan kuasa pemproses 3nm baru, A17 Bionic.

gambaran iPhone 15 Pro

Tahun lepas, siri iPhone 14 mula dibuka tempahan di Malaysia seminggu selepas pelancaran antarabangsa dan dijual dua minggu selepas pelancaran. Mungkin tempoh masa yang sama juga untuk iPhone 15 di Malaysia kelak, memandangkan masih belum ada Apple Store rasmi di Malaysia.

Dikatakan, Apple mahu menaikkan harga siri iPhone 15 sebanyak USD100 (~RM454) dan siri iPhone 15 Pro sebanyak USD200 (~RM909). Ia bakal diterjemahkan kepada peningkatan harga lebih tinggi di Malaysia berbanding kadar tukaran wang Dolar US. Tetapi biasanya ia bukan masalah kerana pembeli iPhone memang tidak kisah dengan harga.

[Sumber: The Verge]

Bacaan Berkaitan

  • Harga jualan iPhone 15 dijangka naik & storan maksimum 2TB
  • iPhone 15 dan 15 Pro akan datang dengan kabel USB-C luar biasa, inikah revolusi iPhone seterusnya?
  • iPhone 15 bukan Pro juga akan guna kamera 48MP, menurut pemerhati
  • iPhone 15 Pro mungkin tidak mesra casing, ini sebabnya
  • 6 perkara yang perlu anda tahu tentang iPhone 15
Tags: appleapple iphoneapple iphone 15iphone 15iphone 15 plusiphone 15 proiphone 15 pro max
Najib

Najib

POPULAR

Siri iPhone 15 sah akan dilancar pada 12 September, kemunculan sulung USB-C

Siri iPhone 15 sah akan dilancar pada 12 September, kemunculan sulung USB-C

30 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER