• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siapa akak Tesla, di manakah dia sekarang?

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:54 am
  • 05/09/2023
  • Komen
Tesla ambil pelajar kejuruteraan Malaysia sebagai Pengajar Robotik
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Ogos 2021, tular bahawa seorang jurutera Malaysia bernama Fakhirah Khairuddin berjaya mendapat pekerjaan di syarikat automotif terkemuka dunia, Tesla. Dia menggalas tugas sebagai pengajar latihan Teknikal Jurutera Robotik bertempat di HQ Tesla yang asalnya terletak di California, Amerika Syarikat.

Selain itu, dia juga mengajar robot FANUC dan Kuka untuk jurutera dan juruteknik di Tesla. Memiliki kelayakan yang hebat, dia mempunyai kepakaran dalam Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD), Pemodelan dan Analisis Elemen Terhingga, reka bentuk sistem elektro-mekanikal dan Pemilihan Bahan untuk Aplikasi Kejuruteraan.



Kita semua tahu tentang abang Tesla yang viral baru-baru ini. Jadi disebabkan itu, nama akak Tesla mula terkenal semula dan menjadi perbualan ramai kerana akak Tesla ini merupakan contoh yang lagi bagus. Namun sejak itu, tidak banyak berita mengenainya dan timbul persoalan, adakah dia masih bekerja di Tesla?

Berdasarkan profile dia di LinkedIn, dia kini tidak lagi bertugas di Tesla. Jawatan terakhir yang dipegang olehnya di Tesla merupakan Jurutera Kawalan Automasi Lanjutan Sel. Fakhirah telah memulakan kerjaya baru pada Oktober 2022 sebagai jurutera di Sila Technologies, sebuah syarikat yang menghasilkan bateri litium silikon.



Untuk pengetahuan anda, Sila Technologies adalah syarikat yang dibangunkan oleh bekas jurutera Tesla yang menerajui penghasilan sistem bateri untuk model Tesla Roadster. Di Sila, dia bantu untuk membangunkan anod silikon untuk memperbaik reka bentuk bateri litium ion.

Pencapaian yang dikecapi oleh Fakhirah sudah tentu menjadi inspirasi ramai. Tetapi untuk sampai ke tahap itu, ia tidak semudah yang disangka. Pada awalnya, dia merupakan bekas pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra (Ulul Albab). Sejurus tamat MRSM, pada tahun 2019, dia mendapat tawaran biasiswa dari MARA untuk menyambung pelajaran dalam ijazah sarjana muda Kejuruteraan Aeroangkasa dan Mekanikal di Universiti California, San Diego.

Seterusnya, dia juga menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa dan Mekanikal di universiti yang sama, yang dibiayai sepenuhnya oleh universiti tersebut.

Kejayaan Fakhirah adalah sesuatu yang patut dicontohi oleh anak muda dan diharapkan ia dapat membuka mata orang ramai untuk bekerja keras demi mencapai cita-cita.

Tags: akak teslaTesla
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tesla ambil pelajar kejuruteraan Malaysia sebagai Pengajar Robotik

Siapa akak Tesla, di manakah dia sekarang?

5 September 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN