• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Saluran HBO dan HBO Go tiba di Unifi TV, tonton percuma selama 30-hari

  • OLEH Najib
  • 1:06 pm
  • 07/09/2023
  • Komen
Saluran HBO dan HBO Go tiba di Unifi TV, tonton percuma selama 30-hari
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Unifi kini boleh menikmati saluran baru daripada Warnes Bros. Discovery (WBD) mulai 1 September 2023. Unifi TV kini menawarkan pratonton percuma selama 30 hari kepada semua pelanggan untuk saluran tersebut.

Terdapat 4 saluran yang diumumkan dalam kerjasama antara Unifi dan WBD iaitu:



  1. HBO
  2. HBO Family
  3. HBO Hits
  4. Cinemax

Saluran ini menawarkan kandungan kepada beberapa siri TV dan filem terbaik dunia. Kini, WBD menawarkan sembilan saluran di Unifi TV, termasuk HGTV dan Cartoon Network. Di samping itu, Unifi TV turut menambah satu lagi aplikasi penstriman iaitu HBO Go yang akan tersedia mulai bulan Oktober.

Pelanggan Unifi TV akan mendapat akses kepada tajuk popular terkini, termasuk musim kedua Winning Time: The Rise of the Lakers Dynasty, HBO Asia Original MarkKim + Chef, dan tayangan perdana filem baharu di HBO pada bulan September termasuk Shazam! Fury of the Gods, Tár dan Dungeon & Dragons: Honor Among Thieves. Mulai Oktober dan seterusnya, HBO GO juga akan tersedia kepada pelanggan Unifi TV memberikan mereka akses penstriman yang tiada tandingan kepada siri dan filem DC, HBO Originals, Wizarding World, Looney Tunes, Tom & Jerry dan banyak lagi merentasi pelbagai peranti.



Unifi masih belum mengumumkan kadar langganan untuk saluran atau pek TV yang melibatkan 4 saluran baru dan aplikasi HBO Go. Setakat ini, harga langganan HBO Go ialah RM35 sebulan atau RM70 untuk 3 bulan.

Harga promosi Unifi TV Ultimate sehingga 30 September

Selepas mengumumkan kerjasama dengan Netflix, Unifi TV telah melancarkan pek TV baru iaitu Ultimate Max dan Ultimate Plus. Ia menawarkan tontonan untuk semua saluran dengan perbezaan pada akses aplikasi penstriman. Kedua-dua pek ini boleh dilanggan dalam harga promosi sehingga 30 September 2023, iaitu RM69.90/bulan bagi Ultimate Plus, dan RM89.90/bulan untuk Ultimate Max. Selepas itu, harganya akan naik menjadi RM 99.90 (Ultimate Plus) dan RM134.90 (Ultimate Max).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Unifi TV.

Bacaan Berkaitan

  • Unifi TV sudah ada Netflix, perkenal 2 pek baru dengan harga promosi
  • Netflix boleh dipasang di Unifi Plus Box sekarang, setelah disekat sekian lama
  • 10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia
Tags: HBOHBO GOUnifiunifi TV
Najib

Najib

POPULAR

Saluran HBO dan HBO Go tiba di Unifi TV, tonton percuma selama 30-hari

Saluran HBO dan HBO Go tiba di Unifi TV, tonton percuma selama 30-hari

7 September 2023
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN