• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bagaimana Merdeka 118 mampu gerakkan 10,000 orang setiap hari? Ini pakar dedahkan

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:25 am
  • 12/09/2023
  • Komen
Bagaimana Merdeka 118 mampu gerakkan 10,000 orang setiap hari? Ini pakar dedahkan
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti anda pernah dengar atau menyedari kewujudan bangunan pencakar langit menara Merdeka 118. Ia terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dan merupakan pencakar langit kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di UAE. Sebagai pencakar langit megatinggi, Merdeka 118 memerlukan sistem lif yang baik untuk menggerakkan orang dari semasa ke semasa. Tetapi pernah tak anda terfikir bagaimana lif di bangunan tinggi Merdeka 118 ini berfungsi?

Merdeka 118 ada tiga bahagian

Satu wawancara oleh Wall Street Journal bersama Steven Gonzalez, yang juga merangkap naib presiden kanan Kone Corporation, mendedahkan bagaimana penggunaan lif di bangunan yang mempunyai 118 tingkat beroperasi dan dioptimumkan untuk membawa 10,000 penumpang sehari. Untuk memudahkan penumpang bergerak pada bahagian yang sama, Merdeka 118 dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian terbawah merupakan kawasan runcit dan pelancong, bahagian tengah adalah pejabat-pejabat, atas daripadanya adalah hotel dan kediaman. Bahagian tertinggi adalah Observation Deck.



Untuk memastikan pergerakan lif lebih efisien, Merdeka 118 menggunakan sistem Destination Control System (DCS). Ia secara asasnya berfungsi seperti tren ekspres yang bergerak terus ke destinasi tanpa membuat perhentian. Akan ada panel untuk pengguna menetapkan tingkat mana yang ingin dituju, dan sistem akan beritahu lif yang mana perlu digunakan. Bahagian paling tinggi Observation Deck akan ada satu laluan sahaja untuk mempercepatkan penumpang sampai ke atas.

Di samping itu, kapasiti dan kelajuan lif juga memainkan peranan penting. Merdeka 118 menggunakan solusi lif bertingkat, iaitu dua lif yang bertindan atas bawah untuk memaksimumkan jumlah penumpang yang boleh diangkut pada satu masa. Lif dua dek ini boleh menampung berat sehingga 4000kg atau bersamaan dengan 52 orang.



Sumber

Selain itu, motor yang besar juga diperlukan untuk menampung berat itu dan lif pencakar langit ini menggunakan motor MX100 buatan KONE. Motor tersebut boleh pergi sehingga kelajuan 77km.

Walau bagaimanapun, keselesaan penumpang juga tidak boleh dikompromi. Untuk menentukan sama ada lif itu selesa atau tidak, mereka menggunakan cara dengan mendirikan syiling di dalam lif. Jika syiling masih berdiri, ia bermaksud lif selesa. Tetapi untuk lif barang, keselesaan bukanlah keutamaan dan lif ini boleh pergi lebih laju pada kelajuan 10 meter per saat atau 609.6 meter per minit.

Di Merdeka 118, mereka menggunakan kabel jenis keluli untuk menarik lif hingga ke atas. Menara ini mempunyai keseluruhan tinggi pada 679 meter. Namun, kabel keluli hanya boleh menarik lif sehingga tinggi 487 meter yang menggunakan kabel seberat 18,143kg. Lebih daripada itu, bangunan perlu ada lif berlainan dengan kabel yang berlainan.

Bagaimanapun, syarikat pengeluar seperti KONE ada menghasilkan penyelesaiannya dengan menggunakan teknologi UltraRope untuk menggantikan kabel keluli. Inovasi ini membolehkan lif dinaikkan sehingga 914 meter sekali gus. Untuk pengetahuan anda, kabel UltraRope diperbuat daripada karbon fiber dan mempunyai berat lebih ringan daripada kabel keluli, dengan berukuran 0.047kg per kaki.

Selain itu, kabel UltraRope ini ada momentum yang kurang dan tidak akan menyumbang kepada pergerakan kabel apabila bangunan dititup angin kencang, tidak seperti kabel keluli. Untuk maklumat anda, kabel UltraRope telah dipakai di skytower di New Zealand.

Kalau nak tahu lebih lanjut, anda juga boleh tonton video di bawah.

[Sumber: Wall Street Journal] [Sumber gambar: Malay Mail]

Tags: lifmenara merdeka 118
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Bagaimana Merdeka 118 mampu gerakkan 10,000 orang setiap hari? Ini pakar dedahkan

Bagaimana Merdeka 118 mampu gerakkan 10,000 orang setiap hari? Ini pakar dedahkan

12 September 2023
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER