• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Watch Series 9: SiP S9 baharu dengan teras Neural Engine, harga bermula RM1,899

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:14 am
  • 13/09/2023
  • Komen
Apple Watch Series 9: SiP S9 baharu dengan teras Neural Engine, harga bermula RM1,899
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam acara pelancaran iPhone 15, Apple turut mengumumkan Apple Watch Series 9. Walaupun di bahagian luarannya nampak sama, bahagian dalamnya telah nyata ditambah baik.

Watch Series 9 kini diperkasa cip pemproses Apple S9. Berbanding cip generasi terdahulu, cip baharu ini mampu memproses beban kerja berkaitan AI dua kali ganda lebih pantas dengan kehadrian 4 teras Neural Engine yang baharu. Dengan segala potensi ini, Apple mengumumkan yang Siri kini memproses arahan suara anda terus di pergelangan tangan anda tanpa perlu bergantung kepada pelayan luar.



Walaupun prestasi meningkat, ia masih mampu mengekalkan kecekapan tenaga kerana hayat bateri kekal pada 18 jam dengan satu bateri penuh. Watch Series 9 dilaporkan mempunyai skrin dua kali ganda lebih cerah berbanding Series 8. Panel paparan yang ada pada model baharu boleh pergi sehinggga tahap 2,000 nits.

Lagi perubahan yang berlaku di atas papan utama Watch Series 9 adalah komponen Ultra Wideband (UWB). Model kali ini menggunakan cip generasi kedua yang katanya lebih jitu dalam mencari arah.



Selain naik taraf komponen dalaman, Apple turut memperkenalkan satu ciri baharu yang menarik. Dipanggil Double Tap, ia adalah cara baharu untuk pemakai memberi arahan kepada jam tangan selain daripada menyentuh skrin ataupun memusingkan butang fizikal di sisi jam tangan.

Cara pengoperasian Double Tap adalah pemakai menyentuh jari telunjuk dan jari ibu bersama-sama dan pelbagai arahan boleh diberikan bergantung kepada situasi.

Melalui demonstrasi yang ditunjukkan adalah seperti jawab panggilan, mula dan hentikan jam randik, mula dan hentikan muzik, dan banyak lagi. Watch Series 9 juga kini menyokong ciri ketersambungan Bluetooth untuk berhubung dengan aksesori tambahan seperti meter kuasa, biasanya diguna oleh kaki kayuh basikal di luar sana.

Keluar daripada kotak, Apple Watch Series 9 akan menjalankan sistem operasi watchOS 10 yang membawakan pelbagai naik taraf can ciri baharu. Contohnya, ada beberapa aplikasi jam tangan yang direka semula, widget yang diperkasa Smart Stack, muka jam baharu seperti Snoopy, Palette, dan Solar Analog.

Buat pengetahuan anda, Apple Watch Series 9 adalah produk pertama Apple yang neutral karbon. Malahan, anda boleh jadikan Apple Watch Series SE neutral karbon dengan syarat anda dapatkan tali jam khas yang dijual mereka.

Apple Watch Series 9 akan mula dijual dalam pasaran terpilih pada 22 September 2023 pada harga bermula USD399. Apple Watch SE pula dijual pada harga USD249.

Sumber: Apple

Bacaan berkaitan

Apple Watch Ultra 2: Skrin 3,000 nits, piawaian tentera, dan harga bermula RM3,799

Tags: appleapple watchapple watch series 9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Apple Watch Series 9: SiP S9 baharu dengan teras Neural Engine, harga bermula RM1,899

Apple Watch Series 9: SiP S9 baharu dengan teras Neural Engine, harga bermula RM1,899

13 September 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN