• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp Channels kini dilancar secara global, tersedia di lebih 150 negara

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:35 pm
  • 15/09/2023
  • Komen
WhatsApp Channels kini dilancar secara global, tersedia di lebih 150 negara
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp Channels sudah tersedia buat sementara waktu di beberapa negara termasuk Malaysia. Kini, WhatsApp secara rasmi mengumumkan mereka telah melancarkan Channels secara global di lebih 150 buah negara. Bagi yang tidak tahu, Channels merupakan saluran untuk pentadbir menyebarkan berita sehala dalam pelbagai bentuk seperti mesej, gambar, video atau emoji.

Dalam satu kenyataan rasmi, WhatsApp mengalu-alukan ribuan orginasi, pasukan sukan, artis dan pemimpin berpendapat untuk berkongsi secara terus di WhatsApp melalui Channels. Selain itu, dengan Channels, WhatsApp mengatakan mereka mahu membina perkihdmatan penyiaran yang peribadi.



Jadi Channels tidak akan mendedahkan saluran apa yang anda ikuti kepada pengikut lain, dan ia diasingkan daripada chat biasa anda. Tambahan pula, WhastApp akan melindungi maklumat peribadi kedua-dua pihak pentadbir dan pengikut untuk membolehkan pengguna berkongsi di Channels dengan selamat.

Bersempena pelancaran ini, WhatsApp telah menambahbaik Channels dalam beberapa perkara. Ia termasuk direktori yang telah dipertingkat bagi memudahkan pengguna mencari saluran mengikut negara, paling baru, teraktif dan paling popular. Seterusnya, Channels juga kini ada Reaksi benarkan pengguna memberi maklum balas menggunakan emoji.



Di samping itu, terdapat ciri penyuntingan membolehkan pentadbir membuat perubahan pada mesej dalam masa 30 hari dan setiap mesej yang dimajukan akan disertakan pautan untuk ke saluran asal bagi membolehkan pengguna mengetahui lebih lanjut.

Dalam masa sama WhatsApp memaklumkan mereka akan terus menambah lebih banyak ciri di Channels berdasarkan maklum balas pengguna. Tidak lama lagi WhatsApp akan membuka pintu kepada semua pengguna untuk mencipta Channels tersendiri.

Buat pengetahuan anda, Channels pertama kali diperkenalkan di dua negara iaitu Singapura dan Columbia, dan kemudian tersedia di Malaysia pada akhir Julai.

Tags: whatsappWhatsApp Channels
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

WhatsApp Channels kini dilancar secara global, tersedia di lebih 150 negara

WhatsApp Channels kini dilancar secara global, tersedia di lebih 150 negara

15 September 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN