• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambaran Samsung Galaxy S23 FE terdedah atas talian, tersedia dalam 4 pilihan warna

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:07 pm
  • 18/09/2023
  • Komen
Samsung Galaxy A54 & Galaxy A34: Apa bezanya? Semua ini perlu anda tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa bulan lalu, terdapat banyak khabar angin bertiup kencang mengenai telefon edisi peminat Samsung Galaxy S23 FE. Kini, apa yang dipercayai imej promosi rasmi bagi Galaxy S23 FE telah muncul atas talian, menggambarkan bagaimana rupanya akan kelihatan serta warna yang tersedia.

Menerusi imej yang dikongsikan, ia menunjukkan Galaxy S23 FE tersedia dalam 4 pilihan warna iaitu putih, hitam, ungu dan hijau. Ini merupakan warna yang sama tersedia untuk Galaxy S21 FE terdahulu. Tetapi apa yang membezakannya adalah pada bahagian rekaannya kamera. Bonggol kameranya boleh dilihat sama seperti Galaxy A54, telefon kelas pertengahan Samsung yang dilancar awal tahun ini.



Selain itu, bingkainya dapat dilihat menggunakan kemasan besi kerana terdapat garisan antena di belah kiri. Butang kuasa dan butang laras audio boleh ditemukan di sebelah kanan, sama seperti telefon pintar Samsung lain.

Sumber: Smartprix

Menurut laporan Sammobile sebelum ini, Samsung dijangka akan melancarkan Galaxy S23 FE pada suku ke-3 tahun ini untuk pasaran terpilih. Pelancaran meluasnya akan mengambil tempat pada suku ke-4 tahun ini. Berkenaan spesifikasi, Galaxy S23 FE dikatakan akan menggunapakai skrin AMOLED 6.4-inci dengan kadar penyegaran 120Hz pada resolusi HD Penuh.



Sumber: Smartprix

Telefon ini dijangka akan menggunakan cip Exynos 2200 atau Snapdragon 8 Gen 1, bergantung pada pasaran. Ia tersedia dalam dua pilihan konfigurasi iaitu RAM 6GB dan storan 128GB atau RAM 8GB dan storan 256GB. Tenaganya disalur oleh bateri berkapasiti 4,500mAh dan menggunakan tetapan tiga kamera iaitu kamera utama 50MP bersama OIS, kamera ultralebar 8MP dan kamera telefoto 12MP.

Untuk pengetahuan anda, Samsung juga telah dikesan sedang membangunkan Galaxy Buds FE. Jadi, Samsung mungkin akan melancarkan beberapa varian FE termasuk Galaxy S23 FE pada masa yang sama.

[Sumber: GSMArena]

Tags: samsungSamsung Galaxy S23 FE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy A54 & Galaxy A34: Apa bezanya? Semua ini perlu anda tahu

Gambaran Samsung Galaxy S23 FE terdedah atas talian, tersedia dalam 4 pilihan warna

18 September 2023
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN