• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus Zenbook Pro 14 OLED, laptop kompak berkuasa tinggi dengan CPU Core i9, GPU RTX 4070 dan skrin terbaik

  • OLEH Najib
  • 2:41 pm
  • 19/09/2023
  • Komen
Asus Zenbook Pro 14 OLED, laptop kompak berkuasa tinggi dengan CPU Core i9, GPU RTX 4070 dan skrin terbaik
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Zenbook adalah laptop Asus yang kompak berkuasa tinggi. Kini, Asus Malaysia mengumumkan ketibaan laptop terbaru mereka, Zenbook Pro 14 OLED yang dipasarkan sebagai mesra pencipta kandungan.

Zenbook Pro 14 OLED adalah laptop kompak dengan prestasi tertinggi menggunakan cip Intel Core i9 generasi ke-13, grafik Nvidia Geforce RTX 40 serta skrin OLED yang sangat cerah dan cantik.



Harga dan ketersediaan

Asus akan menjual laptop Zenbook Pro 14 OLED di Malaysia mulai 19 September 2023. Ia boleh dibeli dari semua pengedar sah Asus serta atas talian di e-Store Asus Malaysia, Lazada dan Shopee.

Hanya ada satu varian ia dijual di Malaysia, dengan spesifikasi dan harga seperti berikut:



  • Zenbook Pro 14 OLED (i9-13900H, RTX 4070, RAM 32GB, SSD 1TB) – RM10,999

Menggunakan pilihan CPU dan GPU tertinggi, serta kapasiti RAM dan SSD yang besar, tidak mengejutkan harga untuk laptop kompak ini mencecah 5 angka. Jika ia berbaloi dan memberi pulangan yang baik, sudah pasti ini adalah mesin berkuasa yang perlu anda miliki.

Spesifikasi Asus Zenbook Pro 14 OLED

Laptop Zenbook Pro 14 OLED dikatakan laptop yang kompak kerana ia menggunakan skrin sebesar 14.5-inci, sedikit kecil daripada skrin biasa 15.6-inci dan memiliki berat hanya 1.6kg. Tetapi skrin ini sangat hebat untuk sebuah laptop. Ia adalah skrin sentuh OLED, dengan resolusi 3K (2880×1800) dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan skrin setinggi 550 nits dan menyokong HDR, Dolny Vision serta disahkan PANTONE dan diiktiraf TÜV Rheinland.

Skrin sentuh ini dilapisi kaca Corning Gorilla Glass dan menyokong penggunaan stailus Asus Pen 2.0 yang dijual berasingan. Dengan stailus ini, ia boleh mengesan 4,096 titik tekanan serta tip yang boleh ditukar untuk pengalaman menulis dan melakar yang berbeza.

Kuasa tinggi padanya digerakkan oleh CPU terbaik Intel, iaitu Core i9-13900H yang digandingkan bersama GPU hebat daripada Nvidia, GeForce RTX 4070 8GB. Bersamanya, Asus memasang RAM DDR5 32GB di dalam dan storan SSD PCIe 4.0 seluas 1TB. Jika perlu, RAM boleh dipasang sehingga 48GB dan storan pula sehingga 2TB.

Untuk hayat bateri yang panjang, Zenbook Pro 14 OLED dilengkapi bateri berkapasiti 76 Wh. Ia boleh dicas menggunakan pengecas DC khas, atau melalui sambungan USB-C. Laptop ini memiliki dua port USB-C, satu daripadanya Thunderbolt 4 dengan kelajuan penghantara data sehingga 40GBps dan satu lagi USB 3.2 Gen 2. Port lain yang ada seperti jek audio kombo, USB-A (3.2 Gen 2), HDMI 2.1 dan slot kad SD. Sambungan tanya wayar pula menyokong WiFi 6E dan Bluetooth 5.2.

Bagi menaip, laptop ini dipasang dengan pad sentuh dan papan kekunci Asus Ergosense berlampu. Kamera hadapan dengan inframerah di atas skrin, boleh digunakan untuk persidangan video atau pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin Windows 11 dengan pantas.

Sistem bunyi dihasilkan oleh speaker yang ditala Harman Kardon, dan menyokong sistem bunyi sekeliling Dolby Atmos. Terdapat 3 mikrofon terbina di dalam laptop, menyokong arahan suara Cortana dan Alexa.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang laptop ini, layari laman produk Asus Zenbook Pro 14 OLED.

Bacaan berkaitan

  • Vivobook S 15 OLED BAPE Edition: Gabungan prestasi tinggi laptop Asus dan aksesori rekaan popular BAPE
  • Asus ROG Ally: Semua perkara yang perlu anda tahu tentangnya
  • Asus Zenbook S 13 OLED cuma setebal 1cm dan seberat 1kg, harga bemula RM4,999
Tags: asusAsus ZenBookAsus Zenbook Pro 14 OLEDlaptopZenbook Pro 14 OLED
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Asus Zenbook Pro 14 OLED, laptop kompak berkuasa tinggi dengan CPU Core i9, GPU RTX 4070 dan skrin terbaik

Asus Zenbook Pro 14 OLED, laptop kompak berkuasa tinggi dengan CPU Core i9, GPU RTX 4070 dan skrin terbaik

19 September 2023
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER