• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Pad SE, tablet lebih baik dengan cip Snapdragon, storan lebih besar dan harga lebih murah

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:36 pm
  • 27/09/2023
  • Komen
Redmi Pad SE, tablet lebih baik dengan cip Snapdragon, storan lebih besar dan harga lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama-sama pelancaran siri Xiaomi 13T, Xiaomi Malaysia juga telah mendedahkan penawaran tablet mampu milik terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu Redmi Pad SE. Ia adalah tablet lebih murah berbanding Redmi Pad yang dilancar Oktober tahun lalu, malah menggunakan cip Snapdragon dan membawakan dimensi skrin yang lebih besar.

Harga rasminya di Malaysia

Redmi Pad SE bakal mula dijual di Malaysia mulai 7 Oktober 2023. Namun, tidak seperti Redmi Pad terdahulu, Xiaomi Malaysia hanya menawarkan satu konfigurasi bagi Redmi Pad SE dengan storan jauh lebih besar. Harga rasminya untuk pasaran tempatan adalah seperti berikut:



  • Redmi Pad SE (RAM 8GB + storan 256GB) – RM799

Sekiranya tersedia pada 7 Oktober kelak, anda boleh dapatkannya menerusi stor Xiaomi di Lazada dan Shopee, serta di kesemua pengedar sah Xiaomi di Malaysia dan juga kedai fizikal Xiaomi Store.

Spesifikasi Redmi Pad SE

Redmi Pad SE memiliki spesifikasi yang lebih kurang sama seperti Redmi Pad. Tetapi bahagian skrinnya telah dinaik taraf untuk lebih besar pada 11 inci, dengan menggunakan panel LCD beresolusi HD penuh (1920 x 1200) pada nisbah aspek 16:10. Ia juga ada kadar penyegaran 90Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 400 nits, serta dilengkapi teknologi TÜV Rheinland bagi melindungi mata pengguna dari cahaya biru.



Atas papan utama, Redmi Pad SE dikuasakan cip Snapdragon 680 6nm bersama gabungan RAM LPDDR4X sebesar 8GB dan storan eMMC 5.1 seluas 256GB. Storan turut boleh diperluas sehingga 1TB menggunakan kad MicroSD.

Dimensi tablet agak nipis berukuran 7.36mm dengan berjisim 478g dan badannya diperpuat daripada bahan aloi aluminium. Menghidupkan tablet adalah dari bateri berkapasiti 8,000mAh yang Xiaomi mendakwa berikan masa penggunaan 14 jam. Jika kehabisan bateri, ia sokong pengecasan 10W menerusi USB-C.

Sistem pengimejannya dipacu kamera belakang 8MP f/2.0 bersama kamera depan 5MP f/2.2. Tablet ini dikelilingi empat speaker bersama sokongan Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang lebih mengasyikkan. Terdapat juga jek audio 3.5mm jika anda perlukan sambungan audio berwayar.

Ciri lain dilengkapi tablet ini termasuk sambungan Bluetooth 5.0 dan menjalankan sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13. Redmi Pad SE tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu ungu, kelabu dan hijau. Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh layari laman produk Realme Pad SE di sini.

Tags: RedmiRedmi Pad SEtabletxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Redmi Pad SE, tablet lebih baik dengan cip Snapdragon, storan lebih besar dan harga lebih murah

Redmi Pad SE, tablet lebih baik dengan cip Snapdragon, storan lebih besar dan harga lebih murah

27 September 2023
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER