• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Speaker Bang & Olufsen berkuasa kuda akan tiba ke Malaysia, sanggupkah anda memilikinya?

  • OLEH Najib
  • 9:11 pm
  • 02/10/2023
  • Komen
Speaker Bang & Olufsen berkuasa kuda akan tiba ke Malaysia, sanggupkah anda memilikinya?
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk peminat tegar audio atau audiofilia, nama Bang and Olufsen (B&O) pastinya menjadi idaman kerana ia menghasilkan produk audio berkualiti tinggi sahaja. Boleh dikatakan, ia ibarat jenama Ferrari dalam dunia audio. Tetapi bagaimana jika fon putik B&O ada logo kuda berlari padanya?

Sebenarnya, B&O telah melancarkan produk audio yang dihasilkan dengan kerjasama Ferrari. Sebanyak 4 produk audio di bawah model ‘Ferrari Collection‘ diperkenal di Milan, Itali pada bulan Ogos lepas. Tetapi yang lebih menarik, ia akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi.



Tarikh pelancaran di Malaysia

Maklumat yang kami terima menyatakan bahawa B&O akan melancarkan produk audio hasil kerjasama mereka dengan Ferrari di Malaysia, pada hari Rabu, 11 Oktober 2023. Dinyatakan juga bahawa ‘Ferrari Collection’ akan dilancarkan kelak. Tetapi adakah kesemua koleksi dibawa ke Malaysia? Soalan ini pasti terungkap di hari pelancaran kelak.

Bang and Olufsen Ferrari Collection

Pada pelancarannya di Milan, Itali pada bulan Ogos lepas, sebanyak 4 produk audio B&O diperkenal di bawah ‘Ferrari Collection’ iaitu:



  1. Beoplay H95 Ferrari Edition (USD1,299 ~RM6,127)
  2. Beoplay EX Ferrari Edition (USD499 ~RM2,353)
  3. Beosound Explore Ferrari Edition (USD249 ~RM1,174)
  4. Beosound 2 Ferrari Edition (USD5,499 ~RM25,938)

Beoplay H95 adalah fon kepala wayarles terbaik keluaran B&O, dengan pemacu audio electro-dynamic titanium 40mm dan dihiasi dengan warna merah Ferrari dalam edisi ini. Ia dilengkapi ciri penyaring hingar aktif (ANC) dan menyokong audio Hi-Res menerusi codec aptX Adaptive, AAC dan SBC. Hayat baterinya menjangkau 50 jam dan mengecas menerusi USB-C.

Beoplay EX merupakan fon putik wayarles yang dilengkapi pemacu audio Neodymium 9.2mm. Ia juga hadir dengan ANC bersama bekas dan putik berwarna merah Ferrari. Fon putiknya mampy memainkan lagu sehingga 8 jam dan ditambah ketahana sehingga 28 jam bersama bekas pengecas yang boleh dicas secara wayarles dan USB-C.

Beosound Explore pula adalah pembesar suara tahan lasak dan kompak, dengan kuasa bunyi sehingga 60W. Ia juga adalah speaker wayarles dengan hayat bateri sehingga 27 jam dan boleh menghasilkan bunyi stereo menggunakan dua unit. Tambah menarik speaker ini kalis air dan debu IP67.

Terakhir, Beosound 2 adalah pembesar suara rumah berkuasa tinggi dalam bentuk silinder. Bunyinya dipacu oleh tweeter 15W, mid-range 15W dan woofer 30W. Gunakan dua unit Beousound 2 dan anda akan menerima bunyi stereo. Ia bukan speaker wayarles tetapi boleh bersambung ke peranti secara Bluetooth dan menyokong penstriman lagu dari pelbagai platform seperti Spotify, TIDAL, Deezer dan banyak lagi.

Anda boleh baca maklumat lanjut tentang semua produk B&O Ferrari Collection di sini.

Tags: Bang & OlufsenBang and Olufsen Ferrari CollectionFerrarifon kepalafon putikspeaker
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Speaker Bang & Olufsen berkuasa kuda akan tiba ke Malaysia, sanggupkah anda memilikinya?

Speaker Bang & Olufsen berkuasa kuda akan tiba ke Malaysia, sanggupkah anda memilikinya?

2 October 2023
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER