• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 15 jadi panas? Nah ini Apple lancar update iOS 17.0.3 untuk atasi isu tu

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:19 pm
  • 05/10/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang sering didengar berkaitan Apple iPhone siri terbaharu terutamanya selepas dilancarkan adalah telefon menjadi panas. iPhone 15 juga tidak terlepas dilanda masalah ini. 

Ini kerana sejak ia dilancarkan, sejumlah penggunanya menyatakan iPhone mereka menjadi lebih panas daripada kebiasaan, ini terutamanya semasa menggunakan beberapa aplikasi.



Terdapat juga spekulasi kononnya isu berkenaan timbul kerana pemproses iPhone 15 yang lebih berkuasa atau komponen titaniumnya. Namun Apple menafikannya dan menyatakan masalah itu melibatkan perisian dan boleh berlaku disebabkan pengecas USB-C.

Menurut laman web Apple, semua iPhone mungkin akan menjadi lebih panas apabila:



  • Melakukan proses simpan semula daripada sandaran (restored from a backup)
  • Dicas secara tanpa wayar
  • Menggunakan aplikasi atau permainan video dengan grafik berat
  • Penstriman video berkualiti tinggi

Untuk semua keadaan di atas, iPhone masih selamat digunakan kecuali jika  amaran suhu dipaparkan pada skrin.

Dan bagi mengatasi masalah isu iPhone 15 menjadi panas, Apple telah melancarkan kemaskini iOS 17.03. Update ini juga untuk mengatasi masalah pepijat, kemaskini keselamatan dan menangani isu yang mungkin menyebabkan iPhone lebih panas daripada kebiasaan.

Jadi sekiranya anda salah seorang pengguna iPhone 15, anda boleh memuat-turun kemaskini iOS 17.0.3 hari ini. Lepas tu, jangan lupa kongsikan dengan kami sama ada ia berkesan atau iPhone 15 anda masih menjadi panas.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai iPhone 15 ni, bolehlah tonton video kami di bawah.

Sumber: The Verge, CNBC, Apple

Tags: appleiOSios 17iphoneiphone 15
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

iPhone 15 jadi panas? Nah ini Apple lancar update iOS 17.0.3 untuk atasi isu tu

5 October 2023
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN