• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy SmartTag2 tahan sampai 700 jam, lebih mudah jejak kucing & anjing

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 6:33 pm
  • 05/10/2023
  • Komen
Samsung Galaxy SmartTag2 tahan sampai 700 jam, lebih mudah jejak kucing & anjing
Share on FacebookShare on Twitter

Seiringi peningkatan usia, masalah lupa adalah isu biasa. Namun jika anda adalah pengguna Samsung Galaxy, ada berita baik untuk anda.

Samsung hari ini telah memperkenalkan Galaxy SmartTag2 yang hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih dengan rekaan yang 100% berbeza dengan bentuk SmartTag generasi terdahulu.



Model baharu ini mempunyai bentuk bujur dan bukannya seakan ketupat. Cuma persamaan yang dimiliki antara SmartTag lama dan baharu adalah lubang kuncinya. Tetapi terdapat elemen yang telah dinaik taraf dengan memasukkan komponen logam pada SmartTag2, sekali gus dapat mengelakkan haus dan lusuh. Rekaan baharu ini juga diberikan peningkatan rintangan habuk dan air.

SmartTag generasi 2
SmartTag generasi 1

Merupakan pesaing kepada Apple AirTag, Galaxy SmartTag2 masih mengekalkan kebanyakan ciri utama daripada Galaxy SmartTag dan Galaxy SmartTag+. Model ini juga menggabungkan Bluetooth dan ultra-wideband (UWB).



Ciri baharu lain dalam SmartTag generasi 2 ini adalah:

  • Jangka hayat bateri lebih lama sehingga 700 hari dengan fungsi Mod Penjimatan Kuasa baharu
  • Aplikasi SmartThings Find juga telah dinaik taraf, di mana untuk Galaxy SmartTag yang baru didaftarkan, ia terus menghasilkan shortcut pada telefon pintar pengguna
  • Mod Hilang untuk haiwan peliharaan membolehkan pemilik embed mesej dan maklumat peribadi seperti nombor telefon ke dalam penjejak lokasi. Ia boleh dibaca oleh sesiapa sahaja yang mempunyai telefon dengan NFC
  • Mod Berjalan juga untuk mencatat perjalanan haiwan peliharaan

Selain itu, aplikasi SmartTag2 turut menampilkan paparan peta skrin penuh dan antara muka intuitif, menjadikan pengalaman pengguna lebih lancar.

Fungsi lain yang ditawarkan adalah pengguna kini boleh menjejaki SmartTag melalui paparan Augmented Reality (AR) pada telefon pintar, menyegerak semula (re-sync) SmartTag dengan telefon Galaxy baharu secara automatik dan menyemak sama ada mereka dijejaki oleh SmartTag yang tidak dibenarkan.

Dijangka memasuki pasaran pada 11 Oktober 2023, namun harganya masih tidak dapat dipastikan. Tetapi menurut SamMobile di United Stated ia dijual dalam harga $29.99 (sekitar RM142).

Untuk maklumat lanjut mengenai SmartTag2, anda boleh layari laman web Samsung.

Tags: galaxy smarttagsamsungSamsung Galaxy SmartTag2
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Samsung Galaxy SmartTag2 tahan sampai 700 jam, lebih mudah jejak kucing & anjing

Samsung Galaxy SmartTag2 tahan sampai 700 jam, lebih mudah jejak kucing & anjing

5 October 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN