• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MYAirline tutup kedai hingga satu tarikh yang belum diberitahu, masalah kewangan dipercayai punca

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:17 am
  • 12/10/2023
  • Komen
MYAirline tutup kedai hingga satu tarikh yang belum diberitahu, masalah kewangan dipercayai punca
Share on FacebookShare on Twitter

Pengendali syarikat penerbangan tambang murah MYAirline mengumumkan yang perkhidmatan mereka dihentikan bermula 12 Oktober 2023 sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

More info here: https://t.co/2DnrtDjpxi pic.twitter.com/SAas9EQH7R

— MYAirline (@FlyMyAirline) October 11, 2023

Merujuk kepada utusan di akaun Facebook rasmi mereka, tekanan kewangan yang teruk menyebabkan mereka perlu mengambil langkah yang sewajarnya sementara menunggu rombakan semula pemegang saham dan penstrukturan semula modal yang diperlukan untuk menggerakkan operasi MYAirlines.



Buat penumpang yang terjejas, MYAirlines memohon mereka untuk menghubungi [email protected] dan mula mencari alternatif untuk ke destinasi masing-masing. Laman web tempahan tiket MYAirlines juga telah dikemas kini untuk mempamerkan notis yang serupa.

Bunga-bunga masalah MYAirlines boleh mula dikesan lebih awal. Contohnya, dalam bulan Ogos 2023 lalu, merka dilapor telah menghentikan laluan Sibu dan Miri dan mengurangkan bilangan penerbangan ke Kota Baru.



Empat hari sebelum penutupan, CEO MYAirlines Rayner Teo dilapor telah meletak jawatan atas sebab kesihatan. Sehari sebelum penutupan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyeru supaya MYAirlines supaya berunding dengan Mavcom sekiranya mereka berdepan dengan masalah.

Hayat MYAirlines agak pendek, ia mula terbang Disember 2022.

MYAIrline dimiliki seorang usahawan Malaysia, Goh Hwan Hwa yang memegang 98% kepentingan dalam syarikat melalui dua entiti iaitu Zillion Wealth Bhd. (88%), dan Trillion Cove Holdings Bhd. (10%) sementara baki 2% dipegang oleh Rayner Teo sendiri.

Melalui carian ringkas, Goh Hwan Hwa pernah terpalit dengan kontroversi i-Serve Online Mall Sdn. Bhd. dan i-Serve Technology and Vacations Sdn. Bhd. kerana telah melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Tags: MYAirline
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

MYAirline tutup kedai hingga satu tarikh yang belum diberitahu, masalah kewangan dipercayai punca

MYAirline tutup kedai hingga satu tarikh yang belum diberitahu, masalah kewangan dipercayai punca

12 October 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN