• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch ‘n Go lancar kempen Walao Eh Just In Penang, ada rebat beli tag RFID dan kad NFC

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 7:38 pm
  • 16/10/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menggalakkan pilihan pembayaran tanpa tunai untuk tol, transit dan tempat letak kenderaan di Pulau Pinang, Touch ‘n Go melancarkan kempen Walao Eh Just In Penang yang akan berlangsung sehingga 15 Disember 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Praba Sangarajoo berkata, “Touch ‘n Go teruja untuk memainkan peranan penting dalam memacu agenda bandar pintar Pulau Pinang melalui pengenalan produk dan penyelesaian bernilai tinggi yang menggabungkan inovasi terkini dalam RFID dan NFC teknologi untuk membolehkan pengalaman mobiliti yang lancar dan bersepadu untuk rakyat Pulau Pinang.”



Menerusi kempen ini, pelbagai kaedah pembayaran akan diperkenalkan seperti Touch ‘n Go RFID dan kad Touch ‘n Go yang dipertingkatkan. Sebuah trak mudah alih yang telah diubahsuai untuk kempen ini akan diletakkan di lokasi-lokasi utama di Pulau Pinang.

Pengunjung kempen ini juga diberikan rebat segera bernilai sehingga RM5 apabila membeli produk di lokasi kempen seperti:



  1. Tag Touch ‘n Go RFID
  2. Tag Touch ‘n Go RFID dan Touch ‘n Go NFC
  3. Tag Touch ‘n Go RFID dan Touch ‘n Go NFC Charm
Contoh Touch ‘n Go NFC Charm

Antara aktiviti dan perkhidmatan utama lain yang ditawarkan di lokasi kempen termasuklah:

  • Pemasangan tag Touch ‘n Go RFID percuma (di lokasi terpilih sahaja)
  • Permainan & aktiviti. Pengunjung berpeluang untuk bermain aktiviti dan memenangi barangan cenderahati, pin tambah nilai eWallet atau baucar Touch ‘n Go apabila membeli produk di lokasi kempen dan berkongsikan gambar di akaun media sosial serta tag @mytouchngo
  • Aktiviti amal. Sebahagian daripada jualan tag Touch ‘n Go RFID akan disalurkan kepada sumbangan amal di Pulau Pinang

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Walao Eh Just in Penang ini, anda boleh layari laman web Touch ‘n Go.

Tags: touch 'n goTouch n Go NFC
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Touch ‘n Go lancar kempen Walao Eh Just In Penang, ada rebat beli tag RFID dan kad NFC

16 October 2023
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN