• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp dapati 70% rakyat Malaysia tak hidupkan ciri keselamatan, aktifkannya sekarang

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:14 pm
  • 18/10/2023
  • Komen
WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer
Share on FacebookShare on Twitter

Dianggarkan lebih daripada 2 bilion individu di seluruh dunia menggunakan WhatsApp sebagai saluran untuk kekal berhubung. Tetapi adakah anda pasti setiap mesej mahupun perkongsian gambar kekal privasi?

Sempena dengan Hari Penyulitan Global (Global Encryption Day) yang akan disambut pada 21 Oktober, WhatsApp telah melakukan kuiz privasi untuk mengetahui sama ada rakyat Malaysia mengambil berat mengenai privasi mesej mereka atau tidak.



Jom ketahui apakah hasil keputusannya…

Dapatan tinjauan WhatsApp

  • Hanya 3 daripada 10 rakyat Malaysia yang aktif mendayakan tetapan privasi pada aplikasi pemesejan peribadi apabila bermesej dengan rakan dan keluarga
  • 7 dalam 10 rakyat Malaysia menganggap diri sebagai orang persendirian, dan mengatakan bahawa mereka memastikan semua sembang disulitkan dari hujung ke hujung, jadi tiada sesiapa, malah platform/aplikasi pemesejan boleh melihat mesej tersebut
  • 5 daripada 10 rakyat Malaysia menggunakan Mesej Hilang untuk memastikan mesej dalam kumpulan sembang menjadi peribadi
  • 8 daripada 10 rakyat Malaysia berkata mereka akan segera menyekat dan melaporkan mesej mencurigakan daripada nombor tidak dikenali yang menawarkan hadiah percuma
  • Hanya 2 daripada 10 tahu cara menghalang orang yang tidak dikenali daripada menambahkan mereka pada kumpulan sembang yang tidak diingini dengan menukar tetapan privasi daripada ‘Semua orang’ kepada ‘Kenalan Saya’ di bawah ‘Siapa yang boleh menambahkan saya ke kumpulan’
  • 6 daripada 10 rakyat Malaysia berkata mereka aktif menetapkan imej kepada Lihat Sekali apabila berkongsi sesuatu yang sensitif. Contohnya, foto yang mengandungi maklumat kewangan.

Melalui hasil tinjauan tersebut, apa yang boleh penulis katakan, kebanyakan daripada kita tahu kewujudan ciri keselamatan yang ditawarkan WhatsApp ini. Namun mereka tidak mengaktifkannya, ini sekali gus mendedahkan mereka kepada gangguan seperti scammer mahupun dimasukkan ke dalam kumpulan sembang yang tidak diingini.



WhatsApp aplikasi selamat

Sebenarnya banyak tetapan yang ditawarkan WhatsApp bagi menjadikannya sebagai medium perantara yang lebih selamat dan privasi seperti ciri dilindungi penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encrypted) dan ada lapisan keselamatan tambahan antaranya:

  • Kunci sembang (chat lock)
  • Menyekat nombor tidak dikenali (Block & Report)
  • Menyenyapkan pemanggil tidak dikenali (Silence Unknown Callers)
  • Mesej menghilang (Disappearing Messages)
  • Sandaran yang disulitkan hujung ke hujung (Encrypted Backups)
  • Ciri sekali tonton (View Once Photos)

Untuk lebih kepastian mengenai tetapan privasi WhatsApp, anda boleh menyemak dan melaraskannya di Tetapan>Privasi>Pemeriksaan Privasi dalam aplikasi dan mendayakan ciri privasi dan keselamatan. Anda juga boleh mendapatkan info lebih lanjut tentang ciri privasi WhatsApp, di sini.

Tags: whatsappWhatsApp Privasi
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer

WhatsApp dapati 70% rakyat Malaysia tak hidupkan ciri keselamatan, aktifkannya sekarang

18 October 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN