• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad USB-C kini lebih murah, harga bermula bawah RM2,000

  • OLEH Najib
  • 3:51 pm
  • 18/10/2023
  • Komen
iPad 10 vs. iPad 9: Apa yang berbeza dan manakah lebih berbaloi?
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun gegak gempita dunia apabila Apple telah menggunakan USB-C di iPhone 15, sebenarnya ia telah lama dipasang pada tablet iPad. Malah, tablet termurah mereka iaitu iPad generasi ke-10 dengan USB-C telah dilancar hampir setahun yang lepas. Dan kini, harga rasminya telah turun lebih murah.

Laman web rasmi Apple Malaysia dilihat telah mengemaskini harga baru untuk iPad 10th generation. Harganya lebih murah berbanding pelancaran tahun lepas iaitu:



Wi-Fi
64GB – RM2,099 RM1,999
256GB – RM2,849 RM2,749

Wi-Fi + Cellular
64GB – RM2,849 RM2,749
256GB – RM3,599 RM3,499



Maksudnya, harga iPad kini lebih murah RM100. Selain di laman web Apple Malaysia, harga baru ini dilihat telah dilaksanakan penjual di Shopee dan juga Lazada.

Tetapi penurunan harga ini tidaklah mengejutkan kerana banyak juga penjual Apple telah menawarkan diskaun dan harga lebih murah, seperti semasa jualan hari berganda 10.10 atau jualan hari gaji setiap 25 haribulan.

Spesifikasi iPad gen-10

Tablet ini dikuasakan cip A14 Bionic, memberikan pilihan sambungan 5G pertama untuk model ini. Pilihan storan hanya dua, antara 64GB dan 256GB. Ia dilengkapi skrin Liquid Retina Display seluas 10.9-inci, tanpa Touch ID di bawah skrin kerana dialihkan ke dalam butang kuasa seperti peranti Android kelas pertengahan.

Kedudukan kamera hadapan juga diubah ke sisi, menjadikan ia lebih baik untuk persidangan video semasa tablet didirikan secara melintang. Ia ada kamera 12MP F2.4 di hadapan dan kamera 12MP F1.8 di belakang.

Paling utama, ia telah menggunakan sambungan USB-C seperti iPad Air dan iPad Pro. Ssitem bunyi stereo juga lebih baik kerana speaker terdapat di kiri dan kanan.

Terdapat empat warna disediakan untuk iPad gen-10 iaitu perak, merah, biru dan kuning. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Apple iPad.

Tags: appleApple iPadipad 10
Najib

Najib

POPULAR

iPad 10 vs. iPad 9: Apa yang berbeza dan manakah lebih berbaloi?

iPad USB-C kini lebih murah, harga bermula bawah RM2,000

18 October 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN