Seiring dengan peredaran masa, kebanyakan daripada kita hari ini lebih gemar membeli secara dalam talian seperti menggunakan platform Mudah.my. Lebih mudah, lebih banyak pilihan serta lebih menjimatkan masa, betul tak? Malangnya dalam masa yang sama, kes penipuan atau scammers juga semakin meningkat.
Data daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (JSJK, PDRM) menunjukkan peningkatan skop penipuan dalam talian, terutamanya melibatkan e-dagang dengan 9,545 kes pada 2021, 9,258 kes pada 2022 dan setakat 31 Ogos 2023, kes semasa berjumlah 7,911.
Kerugian akibat penipuan e-dagang juga turut meningkat tinggi, dari RM28 juta pada 2019 kepada RM140 juta pada 2022. Manakala setakat 31 Ogos 2023, hampir RM144.8 juta kerugian dicatatkan.
Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada ditipu?
Bagaimana untuk melakukan Semak Mule ini?
Amalkan panduan berguna di bawah bagi menjamin keselamatan anda semasa membeli-belah dalam talian, seperti:
- Berwaspada terhadap sebarang tawaran yang terlalu hebat dan sukar dipercayai. Elakkan bertindak secara FOMO (bimbang terlepas peluang) kerana inilah jerat yang penipu nanti-nantikan
- Jual dan beli di platform dipercayai seperti Mudah.my yang melindungi keselamatan pengguna dengan ciri-ciri keselamatan berkesan
- Lakukan sedikit siasatan anda sendiri – selidik ulasan pengguna lain bagi mendapatkan pandangan sama ada penjual atau pembeli adalah berwibawa dan semak menerusi laman web Semak Mule untuk memeriksa no. akaun bank
Bagaimana untuk melakukan Semak Mule ini?
Jika anda guna Mudah.my, sila klik pautan ini untuk dihubungkan terus ke laman Semak Mule. Mudah.my adalah platform dalam talian pertama yang menyediakan fungsi ini.
Bagi anda yang tidak tahu, Semak Mule merupakan portal yang membolehkan rakyat Malaysia menyemak nombor akaun bank yang mungkin digunakan dalam kes jenayah komersial yang ditandakan oleh jabatan JSJK.
Dekat mana nak jumpa pautan tersebut di Mudah.my?
Jika anda klik pada mana-mana iklan yang dipaparkan, akan tertulis Petua Keselamatan Mudah, klik pautan ‘MudahSafety’ dan anda akan terus dibawa ke bahagian Kepercayaan dan Keselamatan.
Anda hanya perlu klik pautan ‘Sahkan nombor akaun bank yang mencurigakan di sini’ dan akan terpapar layar skrin seperti di bawah ini:
Apa yang perlu anda lakukan, adalah menyemak nombor akaun bank penjual untuk melihat sama ada terdapat laporan mengenai akaun tersebut atau tidak.
Selain platform Mudah.my, anda juga boleh menggunakan pautan ini untuk melakukan semakan melibatkan nombor akaun bank atau nombor telefon.
Bagi pengguna Android, boleh memuat turun Semak Mule ini di Google Play Store untuk lebih memudahkan anda melakukan semakan.
Sekiranya merasakan diri telah menjadi mangsa scam, pastikan anda menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997 (0800 – 2000) atau hotline (24/7) dan membuat laporan polis di mana-mana balai polis.
Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja dan kepada sesiapa pun, jadi gunakan semua ciri-ciri keselamatan yang ada seperti Semak Mule bagi mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam perangkap penipuan. Sentiasa berwaspada, okay?