• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Watch GT 3 vs Watch GT 4, mana lebih berbaloi?

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:57 pm
  • 20/10/2023
  • Komen
Huawei Watch GT 3 vs Watch GT 4, mana lebih berbaloi?
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei baru-baru ini telah membawa masuk Watch GT 4 ke Malaysia pada awal bulan Oktober. Ia tersedia dalam dua saiz iaitu 46mm dan 41mm. Jika dilihat pada fungsi, macam tak banyak perbezaan dengan model GT 3 terdahulu. Mesti ada dikalangan anda yang tertanya mana satu lebih berbaloi untuk didapatkan? Dalam artikel ini saya akan bantu anda bandingkan mana satu yang lebih berbaloi.

Huawei Watch GT 4 46mm
Huawei Watch GT 3 46mm

Untuk perbandingan ini, saya akan gunakan saiz 46mm sebab ciri dan fungsi yang terdapat pada dua saiz adalah sama. Jadi, Huawei Watch GT4 dan GT 3 hadir dengan rekaan yang bergaya. Namun terdapat perbezaan pada bentuk badan jam. Huawei Watch GT3 menggunakan badan jam berbentuk bulat, manakala GT 4 pula badan berbentuk oktagon.



Selain tu, perbezaan lain terletak pada teknologi dan algoritma kesihatan yang digunapakai. Huawei GT 4 menggunakan teknologi TruSeen 5.5+ yang telah dinaik taraf untuk menjejak kadar degupan jantung menggunakan AI, serta memantau tahap kepekatan oksigen (SpO2) dan tahap stress dengan lebih baik.

Selain itu, Huawei Watch GT 4 juga menggunakan TrueSleep 3.0 yang dipertingkat bagi memantau tidur secara lebih tepat. Tetapi ini bukan bermakna Huawei GT3 tidak memiliki fungsi ini. Ia juga boleh pantau semua ciri kesihatan yang disebutkan tadi, tetapi dengan menggunakan sensor TrueSeen 5.0+ dan TruSleep 2.0 yang lebih tua. 



Satu fungsi baru yang Watch GT 3 tiada tapi Watch GT 4 ada ialah fungsi untuk menjejak pengambilan kalori. Ini akan menyenangkan anda yang nak diet dan buat kalori defisit. Di samping tu, GPS yang terbina di dalam kedua-dua jam ni sama, iaitu dual band GNSS. Tetapi menurut Huawei, fungsi GPS di GT4 telah dipertingkatkan untuk ia menjejak 30% lebih tepat berbanding GT3.

Bahagian paparan Watch GT 3 dan GT 4 ni sama iaitu skrin sentuh 1.43 inci dengan panel AMOLED, serta ada ciri Always On Display (AOD). Kedua-dua jam juga hadir dengan butang rotating crown di tepi untuk kawalan jam, dan sokong untuk melakukan panggilan. Lagi yang sama termasuk memiliki lebih 100 mod sukan dan diiktiraf kalis air 5ATM. Ia boleh dicas secara wayarles atau magnetik, dan masa penggunaan boleh tahan sehingga 14 hari.

Di malaysia, Huawei Watch GT 4 dijual pada harga bermula RM1,099, manakala GT3 pula kini berharga RM999. Dengan jurang harga RM100, perbezaan terbesar terdapat pada rupa fizikal, dengan GT4 badan jam berbentuk oktagon. Tetapi, walaupun lebih mahal, GT 4 ada fungsi kesihatan dan kecergasan lebih baik dengan dilengkapi TruSeen 5.5+ dan TruSleep 3.0, GPS 30% lebih tepat, dan ada fungsi menjejak kalori.

Jadi, pada pendapat saya, Huawei Watch GT 4 adalah pilihan yang lebih berbaloi, kerana jurang perbezaan harganya tidaklah banyak tetapi ada menawarkan ciri yang lebih.

Tags: Huawe Watch GT 3HuaweiHuawei Watch GT 4
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Huawei Watch GT 3 vs Watch GT 4, mana lebih berbaloi?

Huawei Watch GT 3 vs Watch GT 4, mana lebih berbaloi?

20 October 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER