• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Watch GT 4 kini dengan tali keluli tahan karat, siap dapat fon putik & tali jam EasyFit Fluoroelastomer percuma

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 10:44 am
  • 20/10/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan Oktober, Huawei Malaysia telah memperkenalkan Huawei Watch GT 4 dengan empat pilihan jenis tali jam untuk kedua-dua model 46mm dan 41mm.

Kali ini, tali jam varian keluli tahan karat untuk Huawei Watch GT 4 boleh anda jadikan pilihan. Ia dijual pada harga RM1,699 untuk kedua-dua saiz 46mm dan 41mm.



Lebih menarik lagi, dengan setiap pembelian jam Huawei Watch GT 4 ini, anda turut berpeluang untuk mendapat hadiah percuma eksklusif bernilai hingga RM580 (sementara stok masih ada) seperti:

  • Fon putik Huawei FreeBuds SE 2
  • Tali jam Huawei EasyFit Fluoroelastomer
  • Jaminan tambahan tahun ke-2
  • Perlindungan skrin 3-bulan
  • Muka jam edisi terhad

Pilihan tali jam dan harga

Sebelum ini, pilihan jenis tali yang ditawarkan untuk Huawei Watch GT 4 bagi model 46mm adalah tali besi kelabu, tali kain hijau, tali kulit coklat dan tali getah hitam. Manakala bagi model 41mm pula adalah tali besi perak, tali besi emas, tali kulit putih dan tali getah hitam.



Harga bagi siri Huawei Watch GT 4 adalah seperti berikut: 

  • Watch GT 4 46mm Black – RM1,099
  • Watch GT 4 46mm Brown – RM1,199
  • Watch GT 4 46mm Green – RM1,199
  • Watch GT 4 46mm Grey – RM1,699
  • Watch GT 4 41mm Black – RM1,099
  • Watch GT 4 41mm White – RM1,199
  • Watch GT 4 41mm Silver – RM1,699

Jika anda berminat untuk mendapatkan Huawei Watch GT 4 ini, ia terjual di Stor Online Huawei Malaysia, Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Huawei Watch GT 4

Bagi anda yang mungkin terlupa mengenai Huawei Watch GT 4 ini, jom kita imbas kembali secara ringkas mengenai jam tangan ini.

Huawei Watch GT 4 46mm, merupakan jam yang direka dengan bentuk lapan segi atau oktagon yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Ia dilengkapi skrin AMOLED padanya berukuran 1.43-inci dengan resolusi 466×466, memberi kepadatan piksel 326.

Hayat bateri pula sehingga 14-hari mod jimat tenaga, atau sehingga 8-hari penggunaan biasa. Manakala dengan paparan sentiasa hidup (Always On Display), ia mampu bertahan sehingga 4 hari. Jam ini boleh dicas wayarles, secara Qi ataupun pengecas magnetik yang disertakan.

Untuk Huawei Watch GT4 41mm yang lebih kecil, ia memiliki badan bulat yang berbentuk seperti loket. Skrin AMOLED lebih kecil, hanya 1.32-inci tetapi resolusi serupa 466×466, memberikan kepadatan piksel lebih tinggi, 352 PPI.

Dengan badan kecil, hayat bateri juga lebih pendek iaitu separuh daripada 46mm. Ia mampu bertahan sehingga 7-hari maksima, 4-hari penggunaan biasa atau 2-hari dengan paparan sentiasa hidup. Cara mengecas serupa, iaitu wayarles atau magnetik.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Watch GT 4. Anda juga boleh menonton reviu kami tentang Huawei Watch GT 4 46mm hijau menerusi video di bawah.

Bacaan berkaitan

  • Huawei Watch GT 4, jam pintar canggih tapi lebih bergaya dengan harga berbaloi, hayat bateri 14-hari
  • Huawei Watch GT 4 tiba dalam 2 saiz, mahu jadi aksesori fesyen dengan rupa berbeza daripada biasa
  • Jom ke IOI City Mall untuk saksikan pemberian Huawei Watch GT 4 kepada pemenang Sukan Asia 2022
Tags: Huawei Watch GT 4
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Huawei Watch GT 4 kini dengan tali keluli tahan karat, siap dapat fon putik & tali jam EasyFit Fluoroelastomer percuma

20 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER