• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Galaxy Tab A9, tablet multimedia dengan sokongan 5G pada harga bermula RM899

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:32 pm
  • 23/10/2023
  • Komen
Siri Galaxy Tab A9, tablet multimedia dengan sokongan 5G pada harga bermula RM899
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia telah mengumumkan penjualan tablet baharu. Siri yang dilancarkan adalah Galaxy Tab A9 dan ia hadir dalam beberapa konfigurasi iaitu:

  • Galaxy Tab A9
  • Galaxy Tab A9+
  • Galaxy Tab A9+ 5G

Harga jualan siri Galaxy Tab A9 di Malaysia

Harga jualan siri Galaxy Tab A9 di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Galaxy Tab A9 LTE (4+64) – RM899
  • Galaxy Tab A9+ Wi-Fi (4+64) – RM1,099
  • Galaxy Tab A9+ 5G (4+64) – RM1,649

Tablet-tablet ini sudahpun mula dijual di Malaysia. Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya sebuah, jangan lupa tebus beli promo yang sedang berjalan sehingga 30 November 2023 ini. Setiap pembelian Tab A9 melayakkan anda untuk terima rebat 30% PWP untuk pembelian Samsung Care+ dan aksesori Samsung yang terpilih disamping langganan Viu Premium percuma selama 3 bulan bernilai RM29.90.

Spesifikasi siri Galaxy Tab A9

Galaxy Tab A9+ 5G adalah varian yang paling premium. Ia adalah tablet bersaiz 11”, menggunakan panel paparan LCD berkadar segar semula 90Hz. Samsung mengetengahkan tablet ini sebagai gajet sesuai untuk melayani kandungan multimedia kerana ia turut dilengkapi sistem kuadspeaker.



Maklumat cip pemproses yang diguna pakai tablet ini tidak dikongsikan secara khusus oleh Samsung namun berdasarkan sumber ketiga, tablet ini menggunakan Snapdragon 695 5G yang dipadankan dengan RAM 4GB beserta storan 64GB.

Storan ini boleh diperluas menggunakan kad mikro-SD. Ia menyokong kad berkeluasan sehingga 1TB untuk kemudahan anda menyimpan lebih banyak data.

Pada segi kelengkapan kamera, Galaxy Tab A9+ 5G ada kamera belakang 8MP dan kamera depan 5MP. Spesifikasi tersebut tidaklah mengagumkan tapi bolehlah digunakan sekiranya perlu, terutamanya sewaktu ingin bersidang video.

Membekalkan tenaga kepada komponen elektronik Galaxy Tab A9+ 5G adalah bateri berkapasiti 7,040mAh dan ia dicas menggunakan blok peengecas 15W yang disediakan di dalam kotak.

Sekiranya anda tak perlukan 5G, Galaxy Tab A9 ada spesifikasi serba-serbi serupa kecuali pada sokongan 5G. Bolehlah anda berjimat sebanyak RM550.

Galaxy Tab A9 adalah varian yang lebih kecil kepada dua varian tadi. Ia ada panel paparan 8.7” LCD dengan kadar segar semula 60Hz. Tablet ini diperkasa cip Mediatek Helio G99 yang digandingkan bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Ruangan sotran juga boleh diperluas menggunakan kad mikro-SD sehingga 1TB.

Komponen pengimejan tablet ini menggunakan kombinas kamera belakang 8MP dan kamera depan 2MP, sedikit lebih rendah bilangan piksel berbanding Tab A9+ Kapasiti bateri pula dilaporkan pada 5,100mAh dan turut dicas menggunakan blok 15W yang sama.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: 5gandroidgalaxy tab a9galaxy tab a9+galaxy tab a9+ 5gsamsung galaxy tab a9samsung galaxy tab a9+samsung galaxy tab a9+ 5gtablet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Galaxy Tab A9, tablet multimedia dengan sokongan 5G pada harga bermula RM899

Siri Galaxy Tab A9, tablet multimedia dengan sokongan 5G pada harga bermula RM899

23 October 2023
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
Pos Malaysia perkenal Pos ArRahnu Gold-i, simpan emas digital bermula RM10

Pos Malaysia perkenal Pos ArRahnu Gold-i, simpan emas digital bermula RM10

14 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN