• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Z Flip 5 edisi istimewa terapkan warna retro telefon 20 tahun dulu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:34 pm
  • 31/10/2023
  • Komen
Galaxy Z Flip 5 edisi istimewa terapkan warna retro telefon 20 tahun dulu
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung berkongsikan yang mereka bakal lancarkan satu varian Galaxy Z Flip 5 edisi terhad yang diberi nama Galaxy Z Flip 5 Retro. Telefon itu mempunyai kemasan bertemakan telefon boleh lipat model SGH-E700 yang mereka lancarkan 20 tahun dahulu sebagai memberi penghormatan ke atas inovasi baharu yang dibawakan pada ketika itu.

Galaxy Z Flip5 Retro akan dilancarkan pada 1 November dalam pasaran Korea dan 2 November dalam pasaran Perancis, U.K, Jerman, Sepanyol, dan Australia.



SGH-E700 adalah satu model telefon yang signifikan buat Samsung kerana ia adalah telefon pertama jenama itu yang mempunyai antenna di dalam badan telefon. Telefon itu kemudiannya menjadi perintis kepada rekaan telefon Samsung yang mendatang dan bagi memperingati perkara tersebut, Galaxy Z Flip5 Retro menjadi pilihan kerana kedua-duanya adalah telefon jenis flip.

Daripada gambar yang dikongsikan, Galaxy Z Flip 5 menggunakan kemasan berwarna biru mirip telefon SGH-E700. Didapati juga telefon itu hadir dalam kotak edisi istimewa, turut kelihatan beberapa keping pelekat edisi istimewa dan gambar SGH-E700 sebagai kenang-kenangan.



Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip 5

Pada Z Flip 5 Samsung akhirnya membawakan skrin luar yang lebih besar, meliputi hampir seluruh bahagian. Skrin luar ini berukuran 3.4-inci, jenis Super AMOLED dengan kadar penyegaran 60hz. Ia mempunyai kepadatan piksel 306 PPI.

Dengan bertambahnya keluasan, ia menjadikan skrin luar ini boleh digunakan seperti skrin biasa. Jadi, aplikasi boleh digunakan sepenuhnya, termasuk menaip menggunakan papan kekunci QWERTY lengkap. Tiada masalah untuk berborak di Whatsapp menggunakan skrin luar sahaja.

Fungsi paparan berbilang widget turut ditambah untuk skrin luar ini. Lebih banyak maklumat boleh dipaparkan dan dilihat serta-merta melalui pelbagai widget.

Sama seperti siri Galaxy S23, cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy dipasang ke dalam Galaxy Z Fold 5. Ia datang bersama RAM 8GB dan storan antara 256GB dan 512GB. Tiada lagi storan 128GB.

Selain daripada skrin luar lebih besar dan prestasi dalaman diganti kuasa baru, lain-lain perkara di Galaxy Z Flip 5 agak serupa dengan model terdahulu, Galaxy Z Flip 4. Badannya diperbuat daripada besi Armor Aluminium yang ringan dan tahan lasak.

Antaranya di bahagian bateri. Ia masih menggunakan bateri 3,700mAh dengan kuasa pengecasan lama, 25W secara berwayar dan 15W wayarles. Ia juga mampu mengecas peranti lain secara wayarles berbalik.

Skrin dalamnnya jenis Dynamic AMOLED 2X, jika dibuka berukuran 6.4-inci HD Penuh dan kadar penyegaran srendah 1Hz sehingga 120Hz. Masih tiada pengimbas capjari di dalam skrin, ia terletak di dalam butang kuasa yang terletak di sisi.

Pada lubang kecil di dahi skrin, ia memuatkan kamera swafoto 10MP F2.2. Manakala di luar, terdapat dua kamera iaitu kamera utama 12MP F1.8 dengan penstabil imej optikal (OIS), bersama kamera ultralebar 12MP F2.2 dengan sudut pandang 120-darjah.

Sistem bunyinya kekal stereo, tanpa jek audio 3.5mm. Dwi-SIM disokong menerusi satu kad sim nano dan satu lagi eSIM. Selain rangkaian 5G, ia juga dilengkapi sambungan WiFi 6E dan Bluetooth v5.3.

Fungsi Flex Mode terus menjadikan Galaxy Z Flip 5 unik. Ciri Dual Preview membolehkan dua urusan dibuat ketika telefon dilipat menegak. Flex Cam pula memberi pengguna cara merakam video lebih kreatif.

Samsung menyediakan empat warna biasa untuk Galaxy Z Flip 5 iaitu Mint, Graphite, Cream dan Lavender. Tiga lagi warna tambahan akan ditawarkan eksklusif di laman web Samsung.com iaitu kelabu, biru, hijau dan kuning.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai telefon lipat terbaru ini, layari laman produk Samsung Galaxy Z Flip 5.

Sumber: Samsung

Tags: androidsamsungsamsung galaxySamsung Galaxy Z Flip 5samsung galaxy z flip 5 retroz flip 5z flip 5 retro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy Z Flip 5 edisi istimewa terapkan warna retro telefon 20 tahun dulu

Galaxy Z Flip 5 edisi istimewa terapkan warna retro telefon 20 tahun dulu

31 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER