• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bagaimana nak aktifkan Secure2u Maybank melalui ATM jika berada luar negara? Ini caranya

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:37 pm
  • 01/11/2023
  • Komen
Maybank umum Secure2u hanya boleh diaktifkan melalui ATM bermula 31 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank baru-baru ini telah memaklumkan pengaktifan Secure2u kini hanya boleh dibuat melalui mesin ATM mulai 31 Oktober 2023. Ia akan melibatkan semua pengaktifan kali pertama dan pengaktifan Secure2u pada peranti baharu.

Ini bermakna semua pengguna baru atau mereka yang mahu bertukar ke peranti lain perlu ke mesin ATM berdekatan untuk mengaktifkan Secure2u setelah mendaftarnya di aplikasi MAE. Pengaktifan perlu dibuat di ATM dalam masa 30 hari selepas Secure2u berjaya didaftar di aplikasi MAE.



Tapi bagaimana pula jika anda berada di luar negara dan mahu mengaktifkan Secure2u? Adakah anda perlu pulang ke Malaysia semata untuk mengaktifkannya? Berita baiknya, tidak.

Berdasarkan laman web Maybank, pelanggan Maybank yang berada di luar negara boleh mendaftar Secure2u seperti biasa di aplikasi MAE. Setelah berjaya mendaftar, anda perlu menghubungi talian khidmat pelanggan luar negara Maybank di talian 603-7844-3696 untuk meneruskan pengaktifan. Seletah Secure2u berjaya diaktifkan, anda perlu tahu yang akan terdapat tempoh bertenang minimum selama 12 jam.



Dalam pada itu, jika peranti atau telefon pintar anda yang berdaftar untuk Secure2u hilang pula, anda perlu segera membatalkan pendaftaran Secure2u dari telefon yang hilang. Ia boleh dilakukan menerusi laman web Maybank ataupun dengan menghubungi khidmat pelanggan Maybank. Untuk lebih jelas, berikut adalah dua cara tersebut:

  • Log masuk ke laman web Maybank2u, dan pergi ke tetapan> Keselamatan> matikan Secure2u
  • Segera hubungi talian hidmat pelanggan Maybank di 1-300-88-6688 (tempatan) atau 603-78443696 (luar negara).

Untuk pengetahuan anda, Secure2u hanya tersedia dan boleh didaftar menerusi aplikasi MAE sahaja. Jadi jika anda masih menggunakan aplikasi M2U, anda perlu beralih ke MAE untuk membolehkan transaksi disah menggunakan Secure2u.

Sejak 1 Julai lalu, Maybank telah berhijrah dari pengesahan melalui SMS OTP kepada Secure2u, dan ia menjadi satu-satunya pengesahan perbankan atas talian Maybank. Ini adalah selari dengan arahan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi kes scam yang meningkat di negara ini.

Bacaan berkaitan

  • Maybank umum Secure2u hanya boleh diaktifkan melalui ATM bermula 31 Oktober
  • Maybank kuatkuasa penggunaan Secure2u di aplikasi MAE sahaja bermula 1 Julai, tiada lagi SMS OTP
Tags: MaybankMaybank2uSecure2u
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Maybank umum Secure2u hanya boleh diaktifkan melalui ATM bermula 31 Oktober

Bagaimana nak aktifkan Secure2u Maybank melalui ATM jika berada luar negara? Ini caranya

1 November 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN