• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X9b, telefon sangat teguh dan lasak dilancar dengan hadiah percuma bernilai RM978

  • OLEH Najib
  • 7:51 pm
  • 01/11/2023
  • Komen
Honor X9b, telefon sangat teguh dan lasak dilancar dengan hadiah percuma bernilai RM978
Share on FacebookShare on Twitter

Berbekalkan binaan yang kukuh, teguh dan tahan lasak, Honor Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar Honor X9b. Telefon ini telah dipamerkan dengan pelbagai aksi ekstrem sebelum dilancarkan, antaranya digunakan untuk mengetuk paku, mematahkan kayu ala karate, ditembak bertalu-talu dan banyak lagi. Tetapi ia masih berfungsi dengan baik selepas melalui semua insiden menggerunkan ini.

Telefon ini menggantikan tempat Honor X9a yang dilancar awal tahun ini dengan skrin sangat teguh. Bagi Honor X9b, ia diiklankan sebagai telefon sangat teguh 360-darjah.



Harga dan Promosi

Selain seluruh badan lebih teguh, Honor X9b turut menerima naik taraf perkakas dalaman. Tetapi ia mengekalkan harga pelancaran yang sama dengan Honor X9a iaitu:

  • Honor X9b (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,499

Telefon pintar tahan lasak ini akan dijual di Malaysia mulai 1 November 2023. Sempena kedatangannya, Honor Malaysia menawarkan hadiah percuma untuk pembeli terawal.



Dari 1-9 November 2023, pembeli Honor X9b akan menerima hadiah percuma bernilai RM978 iaitu:

  • Fon putik Honor Choice Earbuds X5
  • Honor Choice MOECEN Band
  • Penggantian keretakan depan & belakang 365-hari

Selepas itu, Honor X9b boleh dibeli atas talian di Stor Online Honor Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Honor X9b

Telefon pintar Honor X9b dinaik taraf kuasanya dengan penggunaan cip lebih baru, Snapdragon 6 Gen 1 4nm. RAM pula sebesar 12GB dan storan dalaman 256GB. Tiada ruang kad mikroSD.

Tarikan utama sudah pasti pada badan Honor X9b. Di hadapan, ia memiliki skrin AMOLED 120Hz 6.78-inci, resolusi HD Penuh (2652×1200) dan melengkung di kedua sisi. Kecerahan pula setinggi 1,200 nits. Tidak dinyatakan apakah jenis kaca yang digunakan tetapi ia sangat teguh sehingga mampu digunakan untuk mengetuk paku ke dalam kayu. Saksikan beberapa demo ekstrem Honor X9b ditembak bertubi-tubi, mengetuk paku dan jatuh di tangga.

Lubang kecil di atas skrin memuatkan kamera hadapan 16MP. Di belakang pula terdapat tiga kamera. Ia gabungan kamera utama 108MP F1.75, kamera ultralebar 6MP dan kamera makro 2MP. Honor menyatakan, kamera ini mampu mengezum lossless 3x.

Kapasiti bateri agak besar iaitu 5,800mAh, dikhabarkan mampu bertahan 3-hari. Kuasa mengencas pula hanya 35W, menerusi USB-C. Sistem operasi yang digunakan adalah MagicOS 7.2, berasaskan Android 13.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Honor X9b kelak, iaitu oren, hijau dan hitam. Untuk mendapatkan lebih info layari laman produk Honor X9b.

Bacaan Berkaitan

  • Honor X9a 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Honor X9a 5G: Semua yang anda perlu tahu tentangnya
  • Honor X9b miliki skrin tahan lasak diiktiraf 5-bintang, akan dilancar di Malaysia
Tags: honorHonor X9b
Najib

Najib

POPULAR

Honor X9b, telefon sangat teguh dan lasak dilancar dengan hadiah percuma bernilai RM978

Honor X9b, telefon sangat teguh dan lasak dilancar dengan hadiah percuma bernilai RM978

1 November 2023
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN