• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli Huawei P60 Pro 512GB pada harga 256GB dan diskaun tambahan RM500, jimat banyak ni

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:49 pm
  • 03/11/2023
  • Komen
Huawei P60 Pro akan dilancar di Malaysia pada 11 Mei, mungkin perkenal lebih dari satu peranti
Share on FacebookShare on Twitter

Biasanya kalau kita beli telefon pintar dengan storan besar, harganya pasti lebih mahal. Tapi sekarang, Huawei Malaysia menawarkan promosi khas untuk telefon berkelas flagship Huawei P60 Pro 512GB dan 256GB pada harga yang sama.

Promosi tempoh terhad yang bermula 3 November 2023 hingga 31 Disember 2023 ini, membolehkan anda membeli Huawei P60 Pro 256GB atau 512GB pada harga, RM4,199. Sebelum ini harga asal untuk varian 256GB adalah RM4,699, manakala varian 512GB pula dijual pada harga RM5,499. 



Anda juga boleh mendapat diskaun tambahan sehingga RM500, sekiranya anda membawa telefon lama (tidak kira jenama) untuk ditukarkan (trade-in) dengan Huawei P60 Pro di HUAWEI Experience Store.

Spesifikasi Huawei P60 Pro

Telefon pintar keluaran Huawei ini dilancarkan pada Mei 2023 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna Rococo Pearl dan hitam matte. Ia memiliki panel paparan sebesar 6.67” beresolusi 2700 x 1200 (FHD+).



Telefon ini dijana cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 4G, bateri berkapasiti 4,815mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperCharged 88W melalui USB-C, serta pengecasan wayarles 50W. Telefon ini juga kalis air dan debu IP68 dan memiliki speaker stereo.

Kelebihan telefon ini adalah pada kameranya. Ia dilengkapi kamera dengan keupayaan pencahayaan rendah berprestasi tinggi, menerusi teknologi XMAGE. Kamera belakangnya menggabungkan tiga kamera, diterajui oleh kamera utama 48MP yang dilengkapi lensa berbilang apertur, menawarkan 10 tahap antara F1.4 hingga F4.0. 

Seterusnya adalah kamera telefoto periskop 48MP, dengan upaya zum optikal 3.5x dan dikatakan sebagai kamera telefoto paling cerah di telefon pintar. Kamera ketiga adalah kamera ultralebar 13MP.

Berminat untuk memiliki Huawei P60 Pro ini? Anda boleh mendapatkannya pada harga RM4,199 di HUAWEI Experience Stores dan laman web rasmi Huawei.

Bacaan berkaitan:

  • Huawei P60 Pro Malaysia: Kamera dengan teknologi XMAGE pada harga bermula RM4,699
  • Huawei Buds 5: Fon putik berbentuk unik sesuai untuk P60 Pro dan Mate X3 anda
  • Huawei Mate X3 Malaysia: Akhirnya boleh duduk sebaris dengan Galaxy Z Fold 4, harganya RM8,888
Tags: Huaweihuawei p60huawei p60 pro
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Huawei P60 Pro akan dilancar di Malaysia pada 11 Mei, mungkin perkenal lebih dari satu peranti

Beli Huawei P60 Pro 512GB pada harga 256GB dan diskaun tambahan RM500, jimat banyak ni

3 November 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER