• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes 5G ajak orang ramai uji eSIM dan 5G tanpa had PERCUMA selama 30 hari

  • OLEH Najib
  • 1:08 pm
  • 03/11/2023
  • Komen
Yes 5G ajak orang ramai uji eSIM dan 5G tanpa had PERCUMA selama 30 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa majlis pelancaran pakej iPhone Yes 5G, salah satu perkara yang turut diumumkan adalah pengalaman mengaktifkan eSIM paling pantas di Malaysia dengan Yes 5G. Bagi menarik lebih ramai pelanggan mencuba Yes 5G, mereka kini menawarkan data 5G tanpa had percuma selama 30-hari, menggunakan eSIM untuk masa terhad.

Penggunaan eSIM membolehkan pengguna mengaktifkan talian baru mereka, tanpa perlu pergi ke cawangan Yes 5G bagi mendapatkan kad SIM fizikal.



Pada acara pelancaran tersebut, CEO YTL Communications, Wing K Lee menyatakan bahawa syarikat telekomunikasi lain membuatkan pertukaran SIM dan pengaktifan eSIM sukar dan kompleks, malah ia memerlukan pengguna mengimbas kod QR. Tetapi dengan Yes 5G, pengaktifan eSIM menjadi lebih mudah dan lancar serta boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.

Pada awalnya, eSIM Yes 5G boleh digunakan di peranti terpilih jenama Samsung, Honor, Oppo, Xiaomi dan Vivo. Tetapi kini, ia boleh digunakan di iPhone. Untuk menikmati pengalaman iPhone sepenuhnya termasuk VoLTE, FaceTime di talian mudah alih dan hotspot, pengguna perlu memastikan iPhone mereka dikemaskini ke iOS 17.1.



Untuk mengaktifkan eSIM Yes 5G di telefon pintar, apa yang diperlukan adalah aplikasi MyYes yang boleh dimuat turun di  Google PlayStore atau Apple AppStore. Kemudian, beli pelan Yes 5G dan pasang profail eSIM menerusinya.

Bagi yang masih tidak tahu, iPhone menyokong dwi-sim tetapi dalam format eSIM sahaja untuk SIM kedua. Berbeza dengan Android yang menyokong eSIM atau SIM fizikal kedua.

Jika anda berminat untuk menguji Yes 5G bersama eSIM, anda boleh mendapatkannya secara percuma selama 30-hari dengan mengimbas kod QR di bawah, atau pergi ke pautan ini untuk mendaftar.

Tawaran Ujian Rangkaian Yes 5G ini memberikan data 5G tanpa had kuota serta kelajuan penuh tanpa sekatan selama 30-hari. Dengan eSIM, Yes 5G akan berfungsi sebagai SIM kedua di samping talian utama anda. Kalau anda suka selepas selesai menguji Yes 5G, anda boleh menaik taraf pelan Yes 5G di dalam aplikasi MyYes.

Tetapi jangan lupa, untuk menikmati 5G anda perlulah berada di dalam liputan 5G, selain memiliki peranti 5G dan pelan 5G. Buat masa ini, Digital Nasional berhad (DNB) menyatakan rangkaian 5G mereka telah meliputi 70.2% kawasan berpenduduk di Malaysia dan mensasarkan untuk mencapai 80% liputan pada akhir tahun ini.

Bacaan Berkaitan

  • Yes 5G: Ini senarai harga iPhone 15 beserta pelan Infinite+ dan SST
  • Pengguna Yes 5G boleh guna eSim dan FaceTime di iPhone, kena kemas kini iOS dulu
  • Yes 5G dah ada eSIM. Bagaimana cara untuk dapatkannya?
Tags: 5g malaysiaeSimiphoneiphone 15yes 5g
Najib

Najib

POPULAR

Yes 5G ajak orang ramai uji eSIM dan 5G tanpa had PERCUMA selama 30 hari

Yes 5G ajak orang ramai uji eSIM dan 5G tanpa had PERCUMA selama 30 hari

3 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
Honor 400 Lite kini di Malaysia, “pembunuh iPhone” bajet dengan kamera 108MP, harga RM1,299

Honor 400 Lite kini di Malaysia, “pembunuh iPhone” bajet dengan kamera 108MP, harga RM1,299

25 April 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER