• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple, Google, Meta, dan Microsoft antara yang tolak cadangan bayar royalti untuk latih AI

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:42 pm
  • 06/11/2023
  • Komen
Apple, Google, Meta, dan Microsoft antara yang tolak cadangan bayar royalti untuk latih AI
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai pembangun AI seperti Apple, Google, Meta, dan Microsoft tidak bersetuju dengan cadangan pihak mereka membayar royalti apabila menggunakan kandungan yang dilindungi di bawah undang-undang hak cipta untuk melatih kecerdasan buatan (AI) mereka.

Laman The Verge menghimpun dan menyenaraikan 10 ringkasan respons yang diberikan kepada pihak berkuasa perlindungan hak cipta di A.S dan semuanya memberikan pelbagai hujah dengan objektif yang sama, tidak mahu bayar royalti.



Meta mengatakan yang kandungan yang digunakan adalah sedikit dan amaun royalti yang bakal pemilik kandgan terima adalah sangat kecil. Google pula menggunakan analogi manusia membaca buku sebagai metafora dan katakan membaca sepatutnya adalah percuma.

Microsoft beranggapan yang perubahan undang-undang bakal merencatkan pertumbuhan pemain AI yang lebih kecil manakala Anthropic pula mengatakan yang undang-unndang sedia ada sudah mencukupi.



Adobe yang terkenal dengan AI berfungsi janaan pula merujuk kepada kes mahkamah Sega v. Accolade. Accolade telah didakwa mencedok kod aturcara Sega dalam tahun 1992 dan lakukan kejuruteraan berbalik. Manfaatnya turut dinikmati pengguna kebanyakan termasuklah pembangun kandungan berskala kecil.

231023 chatGPT payment

Pada minggu sudah, kami ada laporkan yan sekumpulan organisasi berita sedang melakukan perbincangan dengan OpenAI, pencipta ChatGPT, untuk mendapatkan bayaran bagi setiap artikel berita yang digunakan ChatGPT.

Setakat Ogos, sekurang-kurangnya 535 organisasi berita seperti New York Times, Reuters dan The Washington Post telah memasang penyekat yang menghalang kandungan mereka daripada dikumpul dan digunakan untuk melatih ChatGPT.

Adakah anda rasakan yang pembangun AI perlu beri pampasan kepada empunya kandungan yang digunakan untuk melatih AI?

Sumber: TheVerge, Pemuka

Tags: aiappleChatgptGooglekecerdasan buatanmetaMicrosoft
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple, Google, Meta, dan Microsoft antara yang tolak cadangan bayar royalti untuk latih AI

Apple, Google, Meta, dan Microsoft antara yang tolak cadangan bayar royalti untuk latih AI

6 November 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN