• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fon putik Edifier Hecate GX05 ada kependaman 15ms sahaja, terbaik untuk menang main game

  • OLEH Najib
  • 7:20 pm
  • 14/11/2023
  • Komen
Fon putik Edifier Hecate GX05 ada kependaman 15ms sahaja, terbaik untuk menang main game
Share on FacebookShare on Twitter

Edifier, jenama pengeluar produk audio yang tidak asing lagi di Malaysia telah mengumumkan pelancaran produk Hecate di Malaysia. Ia akan memberi fokus kepada peminat permainan video mudah alih, bagi memberikan pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan.

Permainan video mudah alih memerlukan pengguna sentiasa peka dengan persekitaran permainan kerana sela masa milisaat boleh menentukan siapa pemenang dan siapa yang yang tewas. Kerana itu, produk Hecate akan memastikan setiap bunyi yang terhasil tidak kira tembakan atau tapak kaki, didengari tanpa lengah.



Untuk permulaan, Edifier Malaysia membawakan fon putik gaming Hecate GX05 untuk peminat tempatan.

Harga dan Ketersediaan

Kepada yang berminat, fon putik gaming Edifier Hecate GX05 telah dijual di Malaysia sekarang. Ia boleh didapati daripada pengedar sah Edifier, serta atas talian di stor rasmi Edifier di Lazada dan Shopee.



Harga rasmi Edifier Hecate GX05 di Malaysia adalah RM509. Tetapi harga yang dipamerkan di kedai atas talian jauh lebih murah, iaitu RM379 (Lazada) dan RM329 (Shopee).

Harga Edifier Hecate GX05 di Malaysia

Jika kependaman terendah yang anda cari di fon putik TWS, maka Edifier Hecate GX05 boleh jadi pilihan.

Spesifikasi Edifier Hecate GX05

Berbanding kebanyakan fon putik biasa, Edifier Hecate GX05 mampu mencapai tahap kependaman serendah 15ms bagi memastikan apa yang dilihat di skrin adalah selaras dengan yang didengar di telinga. Perkara ini dicapai dengan teknologi dwi-sambungan iaitu Bluetooth v5.3 dan juga dongle 2.4Ghz.

Dongle 2.4Ghz USB-C

Pengguna juga dapat menikmati bunyi berkuaiti tinggi kerana Hecate GX05 diiktiraf Hi-Res Audio. Ia turut menyokong codec LHDC 5.0 untuk memberikan kualiti bunyi tertinggi dan audio lossless, supaya setiap bunyi tapak kaki dan letupan boleh didengari dengan jelas menerusi pemacu audio dinamik 10mm.

Tidak lengkap kerjasama berpasukan dalam permainan mudah alih tanpa bantuan mikrofon. Edifier melengkapi Hecate GX05 dengan teknologi pembatalan hingar persekitaran (ENC) yang membantu membuang bunyi bising di sekeliling supaya hanya suara pengguna dapat didengari dengan jelas.

Rupa unik dan bergaya turut diterapkan pada Hecate GX05, termasuk lampu RGB yang boleh diubahsuai mengikut mood dan suasana. Edifier menghasilkan fon putik ini dengan badan aloi besi agar lebih tahan lasak.

Hayat bateri Hecate GX05 juga sangat panjang, sehingga 4.5 jam pada fon putik sahaja atau sehingga 16 jam bersama bekas penyimpan. Ia turut boleh dicas pantas menerusi sambungan USB-C.

Lampu RGB di Edifier Hecate GX05

Edifier menyediakan hanya satu warna untuk Hecate GX05 iaitu hitam. Tetapi ia boleh dihiasi dengan lampu RGB jika mahu kelihatan lebih unik dan berbeza. Untuk maklumat lanjut mengenai fon putik gaming ini, layari laman produk Edifier Hecate GX05.

Tags: edifierEdifier HecateEdifier Hecate GX05Hecate GX05
Najib

Najib

POPULAR

Fon putik Edifier Hecate GX05 ada kependaman 15ms sahaja, terbaik untuk menang main game

Fon putik Edifier Hecate GX05 ada kependaman 15ms sahaja, terbaik untuk menang main game

14 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER