• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna kini boleh padam Threads tanpa kehilangan akaun Instagram, ketahui caranya

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:48 pm
  • 14/11/2023
  • Komen
Threads, klon Twitter oleh Instagram telah buka pendaftaran untuk Malaysia, sudah ada 10 juta pendaftaran
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Threads akhirnya boleh memadamkan akaun mereka tanpa perlu risau akan terpadam akaun Instagram sekali. Semua maklumat profil, hantaran status, pengikut dan Likes akan disimpan selama 30 hari sebelum dipadam sepenuhnya oleh Meta.

Ia berdasarkan pengumuman yang dilakukan oleh Adam Mosseri, akses ciri terbaharu ini boleh didapati dalam menu tetapan pada bahagian “Padam atau Nyahaktifkan Profil” baharu.



Ciri baharu untuk memadamkan akaun Threads ini dihasilkan selepas terdapat aduan awal dengan aplikasi tersebut. Ini di mana pengguna perlu mendaftar akaun Threads dengan akaun Instagram, dan jika Threads dipadam, akaun Instagram akan turut terpadam.

Nyahaktifkan Threads

Selain memadamkan akaun sepenuhnya, pengguna Threads turut diberikan pilihan untuk menyahaktifkan sahaja akaun tersebut supaya ia boleh digunakan semula, jika pengguna berubah fikiran. Selepas dinyahaktifkan, semua hantaran, profil dan Likes akan disorokkan daripada dapat dilihat pengguna lain.



Bagi anda yang mungkin tidak biasa mendengar mengenai Threads ini, ia secara ringkasnya dianggap sebagai klon X (Twitter), platform media sosial yang mengutamakan penggunaan perkataan berbanding gambar atau video.

Sebelum ini, pengguna Threads turut diperkenalkan ciri baharu untuk tidak berkongsi status Threads ke Instagram dan Facebook. Ia membolehkan pengguna mengawal di mana hantaran mereka boleh dibaca. Untuk memastikan hantaran Threads tidak dipaparkan pada platform Meta lain, apa yang perlu anda lakukan adalah:

  1. Buka akaun Threads
  2. Klik dua garis pada bahagian atas sebelah kanan aplikasi
  3. Klik Privasi > Cadangan hantaran pada aplikasi lain, matikan cadangan di Instagram atau Facebook

Setakat ini untuk akaun Threads, saya hanya boleh menyahaktifkan sahaja dan tiada pilihan untuk memadamkannya terus. Anda pula bagaimana? Boleh padamkan terus ke tidak?

[Sumber: The Verge]

Bacaan berkaitan:

  • Thread versi laman web kini aktif, fungsi masih minimum
  • Twitter gusar momentum Thread, ugut untuk saman
  • Threads, klon Twitter oleh Instagram telah buka pendaftaran untuk Malaysia, sudah ada 10 juta pendaftaran
Tags: FacebookinstagrammetaThreads
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Threads, klon Twitter oleh Instagram telah buka pendaftaran untuk Malaysia, sudah ada 10 juta pendaftaran

Pengguna kini boleh padam Threads tanpa kehilangan akaun Instagram, ketahui caranya

14 November 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN