• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic 9 Pro akan guna kamera yang telah dilupakan tetapi disukai ramai

  • OLEH Najib
  • 12:02 pm
  • 16/11/2023
  • Komen
RedMagic 9 Pro akan guna kamera yang telah dilupakan tetapi disukai ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Pakar telefon gaming, Redmagic akan melancarkan model baru, Redmagic 9 Pro tidak lama lagi. Menerusi media sosial weibo rasmi mereka, ia akan dilancarkan di China dahulu pada minggu hadapan 23 November 2023.

Redmagic dilihat akan menggunakan resipi yang hampir serupa untuk model terbaru ini, dengan beberapa perencah baru. Antara keunikan yang masih dikekalkan adalah kamera hadapan tersembunyi di belakang skrin dan paling penting, kipas RGB terbina di dalam telefon supaya peranti lebih dingin daripada biasa.



RedMagic 9 Pro akan dilancar pada 23 November 2023

Kamera Belakang Tiada Bonjol

Baru-baru ini, Redmagic telah berkongsi satu lagi perkara yang sangat menarik akan datang di Redmagic 9 Pro, berkenaan kamera belakang. Pada awalnya, mereka menunjukkan gambar yang memaparkan telefon yang sangat nipis. Kini mereka telah memperlihatkan rupa penuh telefon tersebut, yang memiliki kamera belakang tanpa sebarang bonjolan. Badan belakangnya rata kerana tiada lensa kamera yang terkeluar dari badan.

RedMagic 9 Pro senipis 8.9mm

Kamera belakang tanpa bonjolan adalah sesuatu yang sudah lama tidak kelihatan di telefon pintar, termasuk peranti kelas permulaan masakini. Redmagic sekali lagi mengambil langkah berani untuk mengukuhkan kedudukan mereka di dunia gaming, dengan memberikan pengalaman gaming lebih baik tetapi mengorbankan sedikit aspek kamera.



Tak dapat dinafikan, telefon gaming Redmagic harganya tidak murah. Tetapi ia menyediakan prestasi tertinggi dan pengalaman terbaik, antaranya menerusi skrin hadapan penuh tanpa takuk atau lubang kerana kamera hadapan tersembunyi di sebalik skrin. Bagaimanapun, ini menjadikan kualiti kamera hadapan mereka tidak sebaik telefon bukan gaming lain pada harga yang serupa.

Redmagic juga menyediakan butang bahu sentuh bagi meningkatkan pengalaman gaming, serta meletakkan kipas berlampu RGB di dalam telefon, satu perkara yang penting tetapi sukar ditemui pada peranti lain. Ini memenuhi semua ciri-ciri yang sentiasa diingini peminat gaming pada peranti mereka, menjadikan telefon Redmagic sebagai pilihan tertinggi.

Prestasi Lebih Tinggi, Bateri Lebih Besar

Di samping itu, Redmagic 9 Pro juga telah disahkan akan menggunakan cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3 untuk menjadi penggerak kuasa utama. Kapasiti bateri juga diperbesarkan menjadi 6,500mAh dan dilengkapi pemancar inframerah.

Redmagic menjelaskan, kamera utama di Redmagic 9 Pro adalah 50MP dengan OIS, bersama kamera ultralebar 50MP. Nampak agak baik, tetapi adakah ia boleh menandingi kamera telefon lain yang lebih menonjol keluar?

Bateri 6,500mAh, pemancar infra merah dan kamera 50MP OIS

Untuk perbandingan, RedMagic 8S Pro tiba di Malaysia setelah sebulan dilancar di peringkat antarabangsa. Telefon yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 ini dijual pada harga RM3,699 (12+256GB) dan RM4,499 (16+512GB). Mungkin kita akan melihat Redmagic 9 Pro kelak, memiliki harga yang agak serupa.

Nantikan maklumat lanjut tentang pelancaran Redmagic 9 Pro daripada kami tidak lama lagi. Sementara itu, boleh tonton dahulu video kami tentang perbandingan telefon Redmagic 8 Pro vs Asus ROG Phone 7.

Bacaan Berkaitan

  • RedMagic 8S Pro dilancar di Malaysia, harga kekal sama dan naik taraf Snapdragon 8 Gen 2 Leading Version
  • Peminat Gaming Mobile, RedMagic 7S Pro dah tiba di Malaysia untuk atasi dua masalah besar permainan video
  • [REVIU] RedMagic 7S Pro, telefon gaming paling sejuk menentang Asus ROG Phone 6 Pro
Tags: RedMagicRedMagic 9 ProSnapdragon 8 Gen 3telefon gaming
Najib

Najib

POPULAR

RedMagic 9 Pro akan guna kamera yang telah dilupakan tetapi disukai ramai

RedMagic 9 Pro akan guna kamera yang telah dilupakan tetapi disukai ramai

16 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER