• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TV Xiaomi dengan Google TV kini sangat murah, diskaun sehingga RM400 untuk siri A Pro

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:19 pm
  • 20/11/2023
  • Komen
Siri Xiaomi TV A Pro hadir dengan Google TV & Xiaomi TV+, ada paparan 4K 60Hz, MEMC, Dolby Vision dan HDR10
Share on FacebookShare on Twitter

Nak mencari TV baharu tapi bajet tak besar? Dengan harga serendah RM599, anda boleh mendapatkan TV Pintar Xiaomi dengan Google TV, menarik kan?

Xiaomi sekarang sedang mengadakan promosi hujung tahun bermula 18 November hingga 31 Disember 2023 untuk TV Pintar siri A dan A Pro. Pembelian boleh dilakukan menerusi kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee atau penjual rasmi Xiaomi di seluruh Malaysia.



Promosi TV siri A

231120 Xiaomi Smart TV

Berikut adalah harga promosi untuk siri Xiaomi TV A antara 32″ hingga 55″:

  • Xiaomi TV A 32 – RM849 RM599
  • Xiaomi TV A 43 FHD – RM1,199 RM1,049
  • Xiaomi TV A 55 4K – RM1,999 RM1,699

Siri A merupakan barisan TV Pintar mampu milik Xiaomi dengan TV saiz 55” dilengkapi paparan 4K UHD, 43”  dengan paparan Full HD 1080p, manakala pilihan paling kecil 32” dapat memberikan paparan HD dengan 1366×768 piksel. TV 55” dan 43” didatangkan bersama pembesar suara 10W+10W, manalala versi 32” mendapat output lebih rendah iaitu 5W+5W.



Dengan Google TV terbina dalam, anda boleh menonton pelbagai aplikasi penstriman video termasuk YouTube, Netflix, Disney+, Apple TV, Prime Video dan banyak lagi. Anda juga boleh menghantar kandungan telefon pintar ke skrin besar melalui Chromecast. Pada alat kawalan jauhnya juga dilengkapi Bluetooth dengan butang khusus untuk Google Assistant.

Semua TV Pintar di bawah Siri A ini dijana CPU Quad A55. Versi 55” mempunyai 2GB RAM dan 8GB storan dalaman, manakala dua saiz yang lebih kecil mendapat 1.5GB RAM dan 8GB storan dalaman. Semua model menyokong sambungan Wi-Fi 5GHz dan Bluetooth 5.0.

Promosi TV siri A Pro 

231120 Xiaomi Smart TV

Jika anda mempunyai bajet yang lebih dan ingin mencari TV dengan skrin yang lebih besar, siri Xiaomi TV A Pro dengan rekaan tanpa bezel dalam saiz 43”, 55” dan 65” boleh anda jadikan pilihan.

Berikut harga promosi TV siri A Pro dengan tawaran diskaun sehingga RM400:

  • Xiaomi TV A Pro 43 – RM1,399 RM1,199
  • Xiaomi TV A Pro 55 – RM2,199 RM1,799
  • Xiaomi TV A Pro 65 – RM2,699 RM2,299

Ketiga-tiga saiz TV di bawah siri A Pro dilengkapi paparan 4K UHD, pembesar suara 24W (2x12W) yang turut mempunyai Google TV dan Chromecast terbina dalam. TV A Pro dijana pemproses Cortex A55 4-teras dengan GPU Mali G52 MP2, 2GB RAM dan storan 16GB. Ia juga mendapat sokongan WiFi 5GHz dan Bluetooth 5.0. 

[Sumber: Xiaomi]

Bacaan berkaitan:

  • Siri Xiaomi TV A Pro hadir dengan Google TV & Xiaomi TV+, ada paparan 4K 60Hz, MEMC, Dolby Vision dan HDR10
  • Siri Xiaomi TV A dilancar, diperkasa Google TV terbaru dan ada Xiaomi TV+
  • Redmi 13C, telefon baru termurah Xiaomi akan datang ke Malaysia untuk menyaingi Poco C65
Tags: google tvXiaomi AXiaomi A ProXiaomi TVXiaomi TV AXiaomi TV A Pro
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Siri Xiaomi TV A Pro hadir dengan Google TV & Xiaomi TV+, ada paparan 4K 60Hz, MEMC, Dolby Vision dan HDR10

TV Xiaomi dengan Google TV kini sangat murah, diskaun sehingga RM400 untuk siri A Pro

20 November 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER