• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Insta360 Ace: Specs dan harga sebegitu, pesaingnya perlu jaga-jaga

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:28 am
  • 22/11/2023
  • Komen
Siri Insta360 Ace: Specs dan harga sebegitu, pesaingnya perlu jaga-jaga
Share on FacebookShare on Twitter

Insta360 terus menerus meluaskan pengaruh mereka dalam dunia kamera aksi. Selepas Insta360 GO 3, kini mereka tampil dengan siri baharu iaitu Insta360 Ace. Ia adalah sebuah kamera aksi dengan badan seperti GoPro tapi ada skrin boleh kilas dan lensa berteknologi Leica dan cip pemproses 5nm bertunjangkan AI.

Harga siri Insta360 Ace

Siri Insta360 Ace sudahpun dibuaka tempahan untuk memilikinya. Penghantaran katanya akan dibuat dalam masa 14 hari. Sekiranya benar, anda mungkin akan dapat pembelian anda dalam minggu pertama Disember 2023.



Harga Insta360 Ace di Malaysia
Harga Insta360 Ace di Malaysia

Berikut adalah harga rasmi siri Insta360 Ace di Malaysia:

  • Insta360 Ace – RM1,749 (Lazada, Shopee)
  • Insta360 Ace Pro – RM2,099 (Lazada, Shopee)

Malahan anda boleh gunakan baucar kedai untuk dapat potongan RM100.



Spesifikasi siri Insta360 Ace

Kamera siri Insta360 Ace terbahagi kepada dua varian iaitu Insta360 Ace dan Insta360 Ace Pro. Mereka berbeza daripada segi lensa dan sensor yang diberikan padanya untuk merakamkan gambar. Acer Pro sebagai yang lebih premium ada sensor pengimejan lebih besar bersaiz 1/1.3” dan ada lensa berteknologi Leica sementara Ace bukan Pro diberkan sensor 1/2” ataupun 35% lebih kecil.

Kemudian, cip pemproses pada Ace Pro juga dikatakan lebih baik kerana ada cip 5nm berteknologi AI. Ia diterjemah kepada resolusi rakaman yang berbeza antara mereka. Ace Pro boleh merakam sehingga resolusi 8K@24 dan boleh pergi serendah 1080p@240. Sebagai perbandingan, varian lebih rendah boleh pergi sehingga 6K@30 hingga FHD@24.

Ciri paling menyerlah siri Insta360 Ace pastinya skrin boleh kilas yang tiada pada pesaingnya seperti GoPro Hero dan DJI Action. Pencipta kandungan boleh gunakan skrin 2.4” untuk memudahkan rakaman dan ia juga ada skrin sekunder monokrom yang tayangkan info-info penting sewaktu digunakan.

Ada banyak ciri pemudah cara dimasukkan lantas membantu pengguna hasilkan kandungan unik. Contohnya, ciri PureVideo dibangunkan khas untuk rakaman gambar malam. Insta360 juga ada mencuri sedikit ilham daripada telefon pintar apabila isyarat tangan boleh digunakan untuk arahkan kamera merakam video ataupun mengambil gambar. Tak perlu lagi pergi ke kamera secara fizikal untuk menekan butang pengatup.

Kalau dah namanya AI, tidak lengkap kalau tiada sentuhan generative AI padanya. Video boleh diubah menjadi lebih menarik melalui aplikasi telefon pintar. Anda boleh sambungkan kamera kepada gajet Garmin ataupun Apple Watch untuk merakam data GPS dan seterusnya melampirkan data-data tertentu di atas video seperti kelajuan, kedudukan, dan lain-lain.

Lain-lain ciri yang perlu anda tahu adalah ia kali air pada kedalaman sehingga 10 meter dan sekiranya perlu menyelam lebih jauh, bekas selaman skuba boleh digunakan. Hayat bateri pada kamera ini dilaporkan pada 100 minit dengan rakaman 4K@30. Hanya varian Ace Pro sahaja ada pengecasan pantas 30W untuk isi penuh bateri dalam masa 46 minit ataupun 10% kepada 80% dalam masa 30 minit. Varian Ace penyokong pengecasan 15W dan memerlukan 70 minit untuk diisi penuh.

Sumber: Insta360

Tags: insta360insta360 aceinsta360 ace proleica
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Insta360 Ace: Specs dan harga sebegitu, pesaingnya perlu jaga-jaga

Siri Insta360 Ace: Specs dan harga sebegitu, pesaingnya perlu jaga-jaga

22 November 2023
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER