• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rupa rasmi OnePlus 12 memperlihatkan rekaan sangat dikenali

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:03 pm
  • 28/11/2023
  • Komen
Rupa rasmi OnePlus 12 memperlihatkan rekaan sangat dikenali
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus telah berkongsikan secara rasmi rupa penuh telefon flagship terbaru mereka yang bakal dilancarkan, iaitu OnePlus 12. Pendedahan ini juga menunjukkan OnePlus 12 akan mewarisi rekaan model sebelum ini, tapi dengan beberapa perbezaan yang ketara.

Pelancaran OnePlus 12 telah dijadualkan akan berlangsung di China pada 5 Disember 2023. Beberapa render OnePlus 12 telahpun ada atas talian sebelum ini, dan ia agak serupa dengan apa yang didedahkan oleh OnePlus.



Rekaan OnePlus 12 kelihatan sama seperti OnePlus 11

OnePlus 12
OnePlus 11

Dari segi rekaan, OnePlus 12 masih mengekalkan rekaan seakan OnePlus 11. Ia menampilkan ruang modul kamera besar berbentuk bulat yang bersambung ke sisi telefon, menempatkan tiga modul kamera dengan satu daripadanya modul lampu flash.

Cap Hasselblad juga masih kelihatan, menandakan bahawa OnePlus masih meneruskan kerjasama bersama pakar kamera itu untuk bahagian pengimejannya. Tapi seperkara baru adalah bulatan besar di kamera tidak lagi berwarna hitam, sebaliknya mengikut warna badan telefon.



Untuk OnePlus 12 terbaru ini, OnePlus kini menyediakan lebih banyak piliihan warna. Terdapat tiga warna yang ditawar, iaitu warna hijau baharu dengan kemasan marmar yang dipanggil Flowy Emerald yang diilhamkan dari Dart River, di samping warna putih dan hitam.

Butang peluncur berintegrasi dengan antena

Selain itu, OnePlus juga masih mengekalkan butang peluncur ikonik pada OnePlus 12, dengan kedudukannya telah dialih ke sebelah kiri untuk menerapkan penggunaan sebuah antena baharu. Menurut ujian oleh OnePlus, mereka mendapati yang posisi optimum bagi antena terletak di antara jari telunjuk pengguna semasa telefon dalam keadaan melintang, yang mana sebelum ini ruang itu digunakan untuk butang peluncur.

Tambahan pula, selain memposisikan semula butang peluncur, OnePlus juga menggunapakai teknologi jalur antena ultra kompak bersama teknologi butang peluncur yang berintegrasi dengannya, untuk meminimumkan penggunan ruang sebanyak mungkin. OnePlus mendakwa ini mampu untuk mempertingkatkan isyarat antena sebanyak 3dB, dan mengurankan latensi 15%.

Sistem kamera

Berkenaan sistem pengimejannya, OnePlus 12 akan menampilkan kamera telefoto dengan keupayaan zum 3x yang disokong oleh teknologi kamera mudah alih Hasselblad generasi ke-4. Maklumat kamera lain masih belum disahkan, tapi pastinya sistem kamera ini akan dibantu oleh teknologi Hasselblad.

Berdasarkan apa yang diperkata atas talian, kamera telefoto akan menggunapakai sensor 64MP dari OmniVison OV64, manakala kamera utamanya memanfaatkan sensor 50MP Sony LYT-808. Sementara itu, bahagian skrinnya akan memanfaatkan panel dari BOE dengan resolusi 2K, dan dijangka akan diperkasa cip flagship terbaru Snapdragon 8 Gen 3. Pengecasan wayarles juga dikatakan akan kembali semula pada OnePlus 12.

Maklumat lebih lanjut akan boleh diperoleh apabila berlangsungnya pelancaran OnePlus 12 di China pada minggu hadapan. Untuk pelancaran globalnya, engadget memaklumkan OnePlus akan mengumumkan tarikhnya pada Disember 15 nanti.

Bacaan berkaitan

  • OnePlus 12 akan dilancar pada 4 Disember, guna sensor kamera Sony Lytia baharu
  • OnePlus tawar jaminan sepanjang hayat untuk telefon dengan skrin bermasalah
  • OnePlus Nord 3: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: HasselbladOnePlusOnePlus 12Snapdragon 8 Gen 3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Rupa rasmi OnePlus 12 memperlihatkan rekaan sangat dikenali

Rupa rasmi OnePlus 12 memperlihatkan rekaan sangat dikenali

28 November 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN