• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli pek SIM Thailand Tourist dan terima insuran perjalanan percuma

  • OLEH Najib
  • 12:14 pm
  • 29/11/2023
  • Komen
Beli pek SIM Thailand Tourist dan terima insuran perjalanan percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat insuran gaya hidup Tune Protect, telah mengumumkan kerjasama strategik dengan rangkaian telekomunikasi digital di Thailand, True 5G. Kerjasama ini menghasilkan sebuah produk pelancongan iaitu pek SIM True Tourist.

Apa yang menjadikan pek SIM ini menarik adalah ia dipakejkan bersama insuran perjalanan komprehensif oleh Tune Protect. Pembeli pek SIM akan dilindungi selama 30 hari, tertakluk kepada terma dan syarat.



Pek SIM Thailand Tourist oleh True 5G

Pek SIM terlibat dan tempat membeli

Terdapat 5 jenis pek SIM True 5G yang terlibat dalam pakej perlindungan Tune Protect iaitu:

  1. Thailand Tourist SIM 10 days – THB349 (~RM46)
  2. Thailand Tourist SIM 15 days – THB599 (~RM80)
  3. Thailand Tourist Infinite SIM 8 days – THB449 (~RM60)
  4. Thailand Tourist Infinite SIM 15 days – THB699 (~RM93)
  5. Thailand Tourist Infinite SIM 30 days – THB1,199 (~RM160)

Pelan Tourist SIM 10 days memiliki kuota 4G/5G sebanyak 50GB untuk kegunaan 10 hari, serta panggilan 100 minit ke talian tempatan. Pelan Tourist SIM 15 days pula memberi 30GB kuota 4G/5G dan panggilan tanpa had sesama talian TrueMove sahaja. Kedua-dua pelan ini diberikan akses tanpa had ke 14 aplikasi sosial, antaranya Facebook, Instagram, X, WeChat dan WhatsApp.



Pek Sim Thailand Tourist bersama insuran Tune Protect percuma

Pelan Tourist Infinite pula adalah sama semuanya, berbeza mengikut tarikh aktif. Ia dilengkapi internet 5G tanpa had, THB100 kredit panggilan antarabangsa dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Thailand.

Jika berminat, pek SIM ini hanya boleh dibeli secara fizikal, di lapangan terbang antarabangsa Thailand (Suvarnabhumi, Don Mueang, Phuket, Chiang Mai, Chiang Rai, Hay Yai & Samui), di 7-Eleven seluruh Thailand, serta di kedai True berhampiran stesen MRT (Rama 9 Exit 2) dan BTS (Siam Exit & Exit 5, Chit Lom Exit 1 & 2, Ploen Chit Exit 5, Asok Exit 1 & 3 dan Phrom Phong Exit 1).

Maklumat lanjut tentang pek SIM boleh dirujuk di sini.

Kelebihan dan cara mengaktifkan insuran perjalanan Tune Protect

Insuran perjalanan Tune Protect hanya disediakan untuk pembeli pek SIM Thailand Tourist yang bukan warganegara Thailand. Maknanya, rakyat Malaysia akan menikmati faedah insuran ini.

Selepas membeli pek SIM ini, pengguna harus mengisi semua maklumat yang diperlukan menerusi pautan SMS yang diberi, dalam tempoh 30-hari selepas SIM diaktifkan.

Antara perlindungan perjalanan yang disediakan untuk pemilik SIM adalah:

  • Kehilangan nyawa, pemotongan, kehilangan penglihatan atau hilang upaya kekal akibat kemalangan , maksimum 100,000 THB
  • Perbelanjaan Perubatan daripada kecederaan dan sakit, maksimum THB100,000
  • Pembatalan atau penangguhan perjalanan THB2,500
  • Sekatan perjalanan THB2,000
  • Kelewatan perjalanan (THB500 untuk setiap 6 jam berturut-turut) sehingga THB2,500
  • Liabiliti awam THB30,000 (Boleh ditolak THB1,000 setiap tuntutan)
  • Kerosakan atau kehilangan bagasi atau barang peribadi THB5,000 (THB2,500/beg) (Boleh ditolak THB6,000 Baht setiap tuntutan)
  • Kelewatan bagasi, maksimum THB2,500 (THB500 untuk setiap 6 jam berturut-turut)
  • Perkhidmatan percuma 1 kali untuk Health2GO (Doktor dalam talian)

Untuk tuntutan insuran pula, ia boleh dibuat menerusi pautan SMS yang digunakan semasa mendaftar, kemudian pergi ke bahagian Claim.

Tags: insuraninsuran melanconginsuran perjalanansim thailandTrue 5gtune protect
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Beli pek SIM Thailand Tourist dan terima insuran perjalanan percuma

Beli pek SIM Thailand Tourist dan terima insuran perjalanan percuma

29 November 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER