• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GXBank buka pendaftaran untuk semua, bank digital pertama dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:40 pm
  • 30/11/2023
  • Komen
GXBank buka pendaftaran untuk semua, bank digital pertama dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Bank digital pertama Malaysia, GXBank hari ini mengumumkan pelancaran rasmi kepada semua rakyat Malaysia. Ia selepas ujian beta terhad dibuka beberapa minggu lepas kepada pengguna terpilih.

GXBank berhasrat untuk menjadi penyedia perkhidmatan perbankan yang berbeza daripada bank biasa. Pengguna juga ditawarkan dengan beberapa ciri menarik supaya ia tampil lebih menonjol. Sebagai sebuah bank berlesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM), simpanan pengguna GXBank dilindungi sehingga RM250,000 oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PDIM).



50% pengguna mencipta Pockets

Ciri Pockets di GXBank

Dalam majlis pelancarannya, CEO GXBank, Pei Si Lai berkata, “Sejak kami memulakan operasi pada September 2023, kami telah menguji aplikasi kami dengan beribu-ribu penguji beta, hampir 50% telah mencipta “Pockets” – ciri matlamat simpanan. Kecemasan, cuti dan pelaburan adalah tiga sebab tertinggi pelanggan kami menabung. Selepas beberapa bulan ujian di kalangan kakitangan dalaman GXBank, pemegang saham, rakan kongsi dan rakyat Malaysia terpilih, kami berasa optimistik dan bersemangat untuk berkembang ke seluruh Malaysia.

Sebagai bank digital, kami dilahirkan daripada teknologi tanpa cawangan fizikal. Ini menjadikan Kad GX kami sangat istimewa kepada kami kerana ia merupakan satu-satunya manifestasi fizikal GXBank yang boleh disimpan oleh pelanggan di dalam poket mereka.” tambah Pei Si Lai.



Kad GX, tawaran fizikal terbaik GXBank

Kad Debit GXBank oleh Mastercard

Kad debit GXBank dikenali sebagai Kad GX, bakal menjadi salah satu kad debit terbaik di Malaysia kerana menawarkan pulangan tunai 1% tanpa had. Ia masih belum tersedia tetapi akan dilancarkan tidak lama lagi.

Antara tawaran yang akan disediakan untuk pengguna Kad GX sehingga 31 Disember 2024 adalah, pengecualian yuran permohonan kad (bernilai RM12), pengecualian caj RM1 di lebih 10,000 mesin ATM MEPS, dan caj transaksi luar negara (yuran pengurusan 1.2%).

Selain itu, Kad GX yang menggunakan rangkaian Mastercard turut memberikan 1.5x mata ganjaran GrabRewards apabila berbelanja di Jaya Grocer.

Promosi pembukaan akaun GXBank

Bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia mendaftar dan membuka akaun GXBank, mereka menawarkan pulangan tunai RM20 apabila deposit RM100 pertama dibuat. Jika memautkan DuitNow ID ke GXBank pula, akan mendapat bonus RM8. Bermakna, pengguna baru GXBank boleh mendapat RM28 tunai.

GXBank juga menawarkan pelan GrabUnlimited sehingga 6-bulan jika memautkan GXBank sebagai salah satu pembayaran di akaun Grab.

Pulangan tunai sehingga RM28

Jika anda berminat untuk mendaftar akaun GXBank, boleh berbuat demikian dengan memuat turun aplikasi GXBank di Apple AppStore atau Google Playstore. Tiada pendaftaran disediakan di laman web.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman web gxbank.my.

Bacaan Berkaitan

  • GXBank: Bank digital pertama Malaysia lancar aplikasi beta, tawar RM20 dan faedah harian
  • Kad debit GXBank tiada caj ATM RM1, beri pulangan tunai tanpa had
  • Bank Negara anugerahkan lesen bank digital kepada 5 konsortium ini, apa maknanya kepada kita?
Tags: Bank Digitalgxbank
Najib

Najib

POPULAR

GXBank buka pendaftaran untuk semua, bank digital pertama dilancar di Malaysia

GXBank buka pendaftaran untuk semua, bank digital pertama dilancar di Malaysia

30 November 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER