• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V29 merah jambu dilancar, pelbagai hadiah ekslusif menanti pembeli

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:05 pm
  • 02/12/2023
  • Komen
Vivo V29 merah jambu dilancar, pelbagai hadiah ekslusif menanti pembeli
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia sebelum ini ada mengumumkan akan memperkenalkan varian warna terbaru bagi Vivo V29 yang dinamakan First Love Pink. Kini, Vivo akhirnya telah melancarkan secara rasmi warna terbaru ini, dengan menyertakan kotak hadiah menarik bersamanya.

Harga dan ketersediannya di Malaysia

Kepada yang berminat, Vivo V29 warna merah jambu First Love terbaru ini boleh mula didapati orang ramai bermula 28 November 2023. Ia tersedia dalam satu konfigurasi dan Vivo juga memberikan diskaun sebanyak RM100 sempena pelancarannya, menjadikan harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Vivo V29 5G (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM1,899 RM1,799

Lebih menarik, setiap pembelian Vivo V29 berwarna merah jambu akan disertakan bersama kotak eksklusif ‘First Love Advent Calendar’ yang bernilai lebih dari RM799. Kotak itu akan memuatkan pelbagai barangan percuma seperti fon telinga, sarung telefon, pendiri telefon, cermin, pelindung skrin dan juga lilin wangi oleh Haroma.

Untuk membuat pembelian, anda boleh dapatkannya di stor atas talian Vivo, kedai Vivo di TikTok ataupun gedung rasmi Vivo di Lazada dan Shopee.



Promosi Pink Day

Dalam masa sama, bermula dari 2 Disember hingga 3 Disember 2023, Vivo juga mengadakan promosi ‘Pink Day’. Setiap satu pembelian mana-mana telefon Vivo berharga RM1,799 dan ke atas akan berpeluang sertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah seperti gincu Dior, jam tangan, pan elektrik, ketuhar, mesin pembakar dan hadiah misteri. Ia boleh disertai di stor konsep Vivo yang tertera di atas.

Selain itu, pembeli juga boleh menebus hadiah percuma dengan mengikut langkah seperti di bawah:

  1. Alami vivo V29 5G First Love di mana-mana stor konsep Vivo yang tertera
  2. Like halaman Facebook rasmi stor konsep Vivo.
  3. Kemudian pelanggan boleh menebus hadiah percuma sama ada
    tablet minyak wangi atau lolipop berwarna pink.

Spefikasi Vivo V29

Vivo V29 5G adalah sebuah telefon sebesar 6.78” yang dilengkapi panel paparan AMOLED beresolusi 2800 x 1260. Telefon ini mempunyai kepadatan piksel paling tinggi dalam siri V setakat ini pada paras 452PPI. Kadar segar semula yang dimiliki panel paparan ini adalah 120Hz.

Antara ciri menarik skrin telefon ini adalah seperti sokongan PWM 2,160Mhz dan juga sokongan HDR10+ yang menandakan kecerahan skrin boleh mencapai 1,000nits dalam keadaan tertentu.

Atas papan utama, Vivo V29 5G ditunjangi cip Snapdragon 778G yang bergandingan bersama RAM 12GB serta storan sehingga 512GB. Tiada pilihan untuk anda perluaskan storan menggunakan kad mikro-SD disediakan. Tahap kekalisan air cuma pada IP54 sahaja.

Seperti biasa, Vivo beri tumpuan yang lebih kepada kelengkapan kamera telefon mereka. Vivo V29 5G ada teknologi Aura Light 2.0 iaitu sistem pencahayaan di belakang kamera yang boleh berubah suhu warna dan kecerahan. Ia bukanlah lampu flash LED biasa.

Menggunakannya, ia boleh menyinarkan subjek sewaktu anda ambil gambar potret menggunakan kamera utama 50MP (OIS) pada telefon ini. Dua lagi kamera sokongan yang ia ada adalah kamera ultralebar 8MP dan juga kamera monokrom 2MP. Selfie pula diambil menggunakan kamera 50MP.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 4,600mAh. Ia boleh dicas menggunakan blok pengecas 80W FlashCharge yang disediakan di dalam kotak. Sejurus keluar kotak, telefon ini menjalankan sistem operasi Funtouch OS 13.

Tags: First Love PinkvivoVivo V29
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Vivo V29 merah jambu dilancar, pelbagai hadiah ekslusif menanti pembeli

Vivo V29 merah jambu dilancar, pelbagai hadiah ekslusif menanti pembeli

2 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER