• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile perkenal pelan pascabayar Borneo, tawar data 5G tanpa had dari RM28/bulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:25 pm
  • 03/12/2023
  • Komen
U Mobile perkenal pelan pascabayar Borneo, tawar data 5G tanpa had dari RM28/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile kini telah mengembangkan penawaran pelan pascabayar mereka dengan memperkenalkan pelan U Postpaid Borneo. Seperti namanya, pelan ini ditujukan khas untuk pegguna di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Terdapat dua pelan pascabayar yang ditawar menerusi pelan Borneo terbaru ini, iaitu U Postpaid Borneo 38 dan U Postpaid Borneo 68. Kedua-dua pelan menyediakan data tanpa had berkelajuan tinggi, akses panggilan tanpa had ke semua rangkaian tempatan serta hotspot tanpa had.



U Postpaid Borneo 38

Pelan U Postpaid Borneo 38 merupakan pelan lebih mampu milik berharga RM38/bulan. Tapi untuk masa terhad, U Mobile menawarkannya pada harga lebih rendah RM28/bulan, bermula 1 Disember sehingga tarikh yang akan dinyatakan kemudian.

Ia berikan data 5G dan 4G tanpa had di Sabah, Sarawak dan juga Labuan, dengan tiada had kelajuan dikenakan dan tiada FUP. Malahan, pengguna juga boleh menikmati hotspot 5G tanpa had, dan juga panggilan tanpa had.



Namun, tiada data roaming yang disediakan dalam pelan ini, dan perlu dibeli secara berasingan. Pelan ini juga boleh digunakan di Semenanjung Malaysia, tapi ia akan dihadkan kepada data 10GB berkelajuan tinggi.

U Postpaid Borneo 68

Pelan U Postpaid Borneo 68 secara asasnya adalah sama sahaja dengan Borneo 38, menawarkan data 5G dan 4G tanpa had, berserta kuota hotspot 5G tanpa had dan juga panggilan tanpa had. Tapi ia memiliki tambahan data roaming 5G 200GB secara percuma ke tiga buah negara iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.

Selain itu, pelan ini juga membolehkan anda untuk mendapatkannya bersama telefon 5G, bermula 6 Disember 2023. Antara telefon yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Realme 11X 5G
  • Oppo A79 5G
  • Oppo Reno 10 5G
  • Honor X9b 5G
  • Samsung Galaxy M14 5G
  • Oppo A38
  • Vivo Y17S
  • Samsung Galaxy A05

Seperti Borneo 38, pelan Borneo 68 ini juga mempunyai data 10GB berkelajuan tinggi untuk kengunaan di Semenanjung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web U Mobile di sini.

Tags: pascabayar U Mobileu mobileU Mobile Postpaid 38U Mobile Postpaid 68
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

U Mobile perkenal pelan pascabayar Borneo, tawar data 5G tanpa had dari RM28/bulan

U Mobile perkenal pelan pascabayar Borneo, tawar data 5G tanpa had dari RM28/bulan

3 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER